Catatan 4 jun 2008;

On the way balik rumah ptg smlm, tetiba abang aku yg
dok kat Johor SMS, "Harga minyak akan naik mulai tgh
malam ni". Masa tu lebih kurang jam 7.05 ptg. Aku
singgah jap kat expo nak beli pam tayar coz tayar
motor aku kat umah pancit. Lepas tu aku terus ke
stesyen minyak utk isi minyak. Mak oiii!!!! banyaknya
kereta tengah que. Maka terpaksalah kereta aku jln
mengesot-ngesot. Dah agak lama beratur, rasanya dlm
1/2 jam, tetiba enjin kereta aku mati. Rasa aku pasal
bateri dah kong. Masa tu hanya tinggal selang 2 buah
kereta utk aku masuk simpang stesyen minyak. Dlm
keadaan kereta berhimpit2, terpaksalah aku mintak
tolong polis yg sdg kawal trafik tolong tolak letak
tepi.

Pasal hari dah gelap, terpaksa lah aku tinggalkan
kereta kat situ dan aku menapak balik ke rumah yang
jauhnya 1km dr situ.

Bila tiba kat umah, alamak aku tertinggal kunci rumah
dlm kereta. Masa tu wife dan anak2 balik kampung. Apa
lagi terpaksalah aku menapak balik ke stesyen minyak
tu utk ambil kunci rumah dan kunci motor dlm kereta
dalam suasana hari dah semakin malam. Setelah aku
ambik semua barang dlm kereta, aku jalan kaki balik
semula ke rumah. Nak tumpang motor orang, aku tak
berapa kenal orang kat situ. Setengah yang aku kenal
pun perempuan, takkan nak bonceng ngan org pompuan
kot. Lagi pun masing2 nampak berpusu-pusu memunggah
segala jenis tong yang ada utk mengisi minyak.

Dalam setengah kilometer lagi nak sampai, tetiba wife
aku lalu. Dia tak perasan kat aku, mungkin sebab dah
malam. Jadi cepat2 aku call suruh pusing balik, tapi
yg angkat telefon tu anak aku yang baru tadika, susah
kau nak fahamkan dia yang aku ada kat belakang.
Kemudian barulah wife aku jawab, masa tu dia dah
sampai kat umah. Dan bila dia pusing balik, aku dah
berada dlm kira2 250 meter jer dari umah. Jadi
alhamdulillah sempat jugak aku solat maghrib kat rumah
walaupun semput.

Cerita aku tak habis setakat tu, dalam pukul 10.25 aku
agak kereta yg beratur kat stesyen minyak dah kurang.
Maka aku ajak wife keluar nak gi tukar tong gas sambil
isi minyak kereta wife aku dan aku nak cuba gi start
balik enjin kereta aku, kot-kot boleh hidup. Bila
sampai, wah kereta masih banyak beratur. Aku pusing ke
satu lagi stesyen minyak sebab kat situ dgr cerita tak
ramai org yg pergi. Sampai jer, stesyen minyak dah
tutup. Aku pun pusing balik ke stesyen minyak yang
tadi. Terpaksalah jugak beratur. Cukup lama beratur,
rasanya dah lebih dari setengah jam, tetiba tokey
stesyen minyak tu dah tak larat nak panjangkan lagi
waktu perniagaan. Tepat jam 11.34 mlm, stesyen minyak
tutup. Maka frustlah berpuluh2 buah kereta dan lori yg
sedang beratur panjang utk isi minyak. Kereta aku yang
aku tinggalkan kat tepi jalan tadi tu pulak masih tak
mau hidup dan terpaksa aku tinggalkan di dlm garaj org
kat tepi stesyen minyak tu. Nasib baik tuan garaj tu
baik hati.

Maka malam tu terpaksalah aku pulang semula ke rumah
dengan hampa.

Yang aku dapat pada malam tu :
1. Minyak kereta aku dan kereta wife aku berkurangan
kerana terpaksa beratur panjang.
2. Penat kerana terpaksa menapak berulang-alik ke
rumah.
3. Kereta aku tersadai kat umah orang.

Nasib aku, YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG
KECICIRAN.

INILAH NEGARA AKU YANG MEMPUNYAI SUMBER MINYAK TAPI
KELAM KABUT DISEBABKAN OLEH MINYAK.


      

Kirim email ke