Assalam... guano web perakan x leh buka ni lamo doh try tp x leh ..ado sapo2 arif..
--- On Wed, 7/16/08, Adnin Naim <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: Adnin Naim <[EMAIL PROTECTED]> Subject: [perakan] Fw: [amal_maahad] Malam Anugerah Kecemerlangan Graduan Kelantan 2008 (Pembetulan) To: "nisa_team" <[EMAIL PROTECTED]>, perakan@yahoogroups.com, [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], "epmram mesir" <[EMAIL PROTECTED]>, "Geng Pengembala" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] Date: Wednesday, July 16, 2008, 10:14 PM --- On Wed, 7/16/08, astronomer biso <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: From: astronomer biso <[EMAIL PROTECTED] com> Subject: [amal_maahad] Malam Anugerah Kecemerlangan Graduan Kelantan 2008 (Pembetulan) To: "YGAMAL" <amal_maahad@ yahoogroups. com>, "YGMSK" <[EMAIL PROTECTED] .com>, "YGPMIUM" <[EMAIL PROTECTED] com> Date: Wednesday, July 16, 2008, 9:14 AM Malam Anugerah Kecemerlangan Graduan Kelantan 2008 Satu majlis makan malam Khas untuk meraikan para graduan Kelantan terutama yang baru menamatkan pengajian di IPTA/IPTS pada 2008. Tarikh : 22 Julai 2008 (Selasa) Tempat : Dewan Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan. Masa : 8-11.30mlm Tetamu Jemputan : YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan Anjuran: Majlis Intelek dan Graduan Kelantan (i-GRAD) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kelantan. Penyertaan adalah terhad kpd 200 graduan terawal yang mendaftar. Tarikh tutup pendaftaran pada 19 Julai 2008. Sebanyak 7 anugerah akan disampaikan dan pencalonan adalah terbuka. Borang pencalonan boleh di hantar selewat2nya pada 19 julai 2008. Antara anugerah tersebut: i) Anugerah graduan terbaik keseluruhan Anugerah ini akan dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikulum. Hadiah berupa sijil penghargaan dari pihak Kerajaan Negeri, trofil dan wang tunai sebanyak RM 1000.00. ii) Anugerah graduan sains Anugerah ini akan dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dalam akademik dari bidang sains dan teknologi. Hadiah berupa sijil penghargaan dari pihak Kerajaan Negeri, trofil dan wang tunai sebanyak RM 500.00. iii) Anugerah graduan agama Anugerah ini akan dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dalam akademik dari bidang agama. Hadiah berupa sijil penghargaan dari pihak Kerajaan Negeri, trofil dan wang tunai sebanyak RM 500.00. iv) Anugerah graduan sains kemasyarakatan Anugerah ini akan dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dalam akademik dari bidang sains kemasyarakatan. Hadiah berupa sijil penghargaan dari pihak Kerajaan Negeri, trofil dan wang tunai sebanyak RM 500.00. v) Anugerah graduan kepimpinan Anugerah ini akan dianugerahkan kepada graduan yang cemerlang dari aspek kepimpinan. Hadiah berupa sijil penghargaan dari pihak Kerajaan Negeri, trofil dan wang tunai sebanyak RM 500.00. vi) Anugerah Khas Non-Muslim Anugerah ini akan dianugerahkan kepada graduan non-muslim dari Kelantan yang cemerlang dalam akademik. Hadiah berupa sijil penghargaan dari pihak Kerajaan Negeri, trofil dan wang tunai sebanyak RM 500.00. vii) Anugerah Tunas Harapan Anugerah ini akan dianugerahkan kepada mahasiswa tahun satu di IPTA/S yang cemerlang dari aspek akademik dan kepimpinan. Hadiah berupa sijil penghargaan dari pihak Kerajaan Negeri, trofil dan wang tunai sebanyak RM 500.00. Maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi: saudara Zaman (013-9730086 / [EMAIL PROTECTED] com) saudari Nik Noor Azuani (013-2007490) .