kalu x silap ambo....Tok guru berehat kat spital loni....bulih mari ko?


----- Mesej Asal ----
Daripada: abu hafizd <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: Perakan <perakan@yahoogroups.com>
Dihantar: Khamis, 21 Ogos, 2008 12:39:57
Subjek: [perakan] Tuan Guru Nik Aziz hadir program Perakan di Bangi 23 Ogos ini


 

 
KUALA LUMPUR, 21 Ogos  - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz 
Nik Mat dijangka akan memeriahkan majlis 'Bertemu Mata Anak Kelate' bersama 
anak Kelantan di perantauan di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 23 
Ogos ini. 
 
Majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) 
dengan kerjasama Dun Bangi yang akan bermula jam 9.00 malam itu juga dijangka 
akan dihadiri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato' Husam Musa, Abdul 
Fatah Mahmood dan beberapa kepimpinan utama kerajaan serta pegawai-pegawai 
kerajaan negeri. 
  
Menurut Setiausaha Perakan, Ir Hamzah, tujuan majlis tersebut diadakan bagi 
menjawab isu-isu semasa yang ditimbulkan terhadap kerajaan negeri Kelantan di 
bawah pentadbiran PAS, sekaligus mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri 
Kelantan dengan rakyatnya yang berada di perantauan. 
  
Menurut beliau, para tetamu yang hadir akan berpeluang untuk mengetahui 
perkembangan semasa politik tanah air terutama isu-isu berkaitan kerajaan 
Pakatan Rakyat. 
  
"Saya bagi pihak penganjur menyeru orang ramai untuk menghadiri majlis ini bagi 
memeriahkan suasana, di samping mengikuti pelbagai isu-isu politik semasa yang 
akan disampaikan oleh TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat" katanya dalam satu 
kenyataan kepada Harakahdaily. 
  
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung majlis ini, boleh hubungi Ir 
Hamzah di talian 012-3195435 atau lawati laman web http://www.perakan. org.my  
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .yahoo.com     


      Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda kehendaki pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke