Baca sampai habis... cam ada kebenarannya... 

________________________________

        From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
Behalf Of ext Herri Jameri
        Sent: Tuesday, September 09, 2008 6:29 PM
        To: Konokerz; [EMAIL PROTECTED]
        Cc: ghaz; zarina; [EMAIL PROTECTED]; fitriza; zaki zain; zaki
zain
        Subject: [subcon] Patut lah gua tak dapat 5A1, 10A1 dan Gred 1
20A1, system pendidikkan tak betul?
        
        

        
Isu sebenar disebalik Pengajaran Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris
Dilulus terbit pada Tuesday, September 09 @ 17:20:00 MYT oleh reformis
<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15
664>  
Analisis Isu
<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=5>  Oleh
abangraja
<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo
&username=abangraja> 

" 
<http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://romantis.files.wordpre
ss.com/2006/11/bantabesar.JPG&imgrefurl=http://romantis.wordpress.com/20
06/11/16/mengapa-kami-bantah/&h=450&w=310&sz=30&hl=en&start=502&usg=___P
MAsdrrsFA_4ES-_U64rnDUGos=&tbnid=ffNmDXeJlHn5DM:&tbnh=127&tbnw=87&prev=/
images%3Fq%3Disu%2Bbahasa%26start%3D500%26gbv%3D2%26ndsp%3D20%26hl%3Den%
26sa%3DN> 
 
<http://tbn0.google.com/images?q=tbn:ffNmDXeJlHn5DM:http://romantis.file
s.wordpress.com/2006/11/bantabesar.JPG> 
Dalam Utusan Malaysia hari ni dilaporkan tentang calon UPSR tahun ni yg
merupakan penanda aras keberkesanan program pengajaran matematik sains
dalam bahasa inggeris. Isu ni telah ramai yg membincangkannya semenjak
kali pertama ianya di bincangkan untuk dilaksanakan pada 5 tahun yg
lepas. Saya benar2 sedih dengan langkah ini. Peggunaan Matematik Sains
dalam bahasa inggeris idea sapelah agaknye yg karut ni.. atas dasar
apalahhhh diorang pandai2 je buat dasar tanpa mengambil kira pendapat
cerdik pandai yg terbanyak bukan cerdik pandai yg rasuah !!


PUTRAJAYA 9 Sept. - Seramai 518,616 murid yang menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini akan menjadi penanda aras
kepada kelangsungan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk
Alimuddin Mohd Dom berkata, mereka adalah kumpulan pertama murid-murid
yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun
Satu setelah PPSMI diperkenalkan pada 2003. - Utusan Malaysia online


Isu PPSMI ini sebenarnya ada rahsia yg tersembunyi yg ramai tak tahu.
Kenapalah begitu beria kerajaan nak laksanakan pengajaran dua subjek ini
dlm Bahasa Inggeris? Adakah untuk menyediakan para pelajar kita...
generasi kita .. agar boleh bersaing diperingkat global dgn lebih baik
lagi? Benarkah begitu? Adakah rakyat Jepun yg diajar fully bahasa Jepun
tu ... bukan bahasa Inggeris tak boleh bersaing diperingkat Global?
Bagaimana juga dgn bangsa Italy, Peranchis, German, Thailand, dan
banyakkkk lagi negara2 maju lain yg terbukti amat maju yg tidak
menggunakan bahasa inggerispun didalam sistem pendidikan mereka?


Saya masih ingat sewaktu saya transit kejap di Prague dulu tahun 2002...
saya bercakap dlm Bahasa Inggeris tanya diorang restoren kat mana..
diorang wat derkkk je... tapi bila saya ckp dlm Bahasa Malaysia walaupun
diorang tak paham tapi diorang beriya2 nak tolong. Betapa mereka bangga
dgn bahasa ibunda mereka.


Sebenarnya pada pendapat saya kerajaan laksanakan PPSMI ni hanya lah
satu tujuannya iaitu UNTUK JUAL LCD PROJECTOR DAN LAPTOP semata-mata.
Pernah tak sesiapa semak nama pembekal yg mengaut keuntungan besar dlm 5
tahun ni melalui pembekalan sistem ICT ke sekolah2 seluruh Malaysia bagi
membantu PPSMI ni? Berbilion ringgit habis kat situ. Itu aje tujuannya.
Ceritanya begini.. Bermula pada tahun 1989 .. masa tu ekonomi Malaysia
amat baik dan pada tahun 1992 kita antara yg terbaik di rantau ini. Pada
masa tu kerajaan Malaysia menghantar ramai pelajar ke luar negara.
Banyak twinning program yg dilancarkan seperti AAD (Amercican Associate
Degree, International Bachalaurette, A-Level, Australian Matriculation
dsbg.). Pelajar yg dapat SPM sederhanapun ada yg dapat offer program ni
maka ramailah yg berpeluang ke luar negara.


Di tempat kursus persediaan ini antaranya ialah di MARA Community
College Kuantan yg dahulunya dikenali sebagai Maktab Sains Mara, Kolej
MARA Banting, PPP Shah Alam, Kolej MARA Seremban, Trolak dan banyak
lagilah...di tempat2 inilah anak2 malaysia berkumpul untuk belajar
bahasa asing dan buat persediaan untuk ke luar negara. Ramai gilerrr
masa tu termasuklah Ally Iskandar dan Suami pelakon sitcom Puteri yg
baru bercerai tu (Anak Ramli Ngah Talib).


Sebenarnya ada dua kategori pelajar yg dihantar ke luar negara pada masa
tu. Pertama pelajar tajaan MARA, JPA dan Petronas. Yg ni yg cream. Yg ni
power giler result SPM terutama tajaan Petronas dan JPA. Tapi ada satu
lagi group tajaan FAMA (Father and Mother). Yang ni private student.
Haaaaa... disinilah punca segalanya. Private student ni kebanyakkannya
buat kurus degree in TESL atau Degree in English. Biasanya anak orang
miskin takkan buat or apply degree in TESL or ENGLISH sebab bagi orang
miskin nanti keluar nak kejer apa... tambahan pulak rata2 anak orang
miskin tak berapa padai Bahasa Inggeris sebab datang dari kampung. Anak
orang kaya ni lain... Bahasa Ingeris dah power dah.. mak bapakpun dh
speaking dah dari kecik... Lagi satu anak2 orang kaya bukannya terror
sangat Math, Fizik, Add Math dll subjek penting tu. So mcm mana nak buat
engineering ke, Accounting ke or kursus2 kritikal lain? 

Maka anak orang kaya nipun masukla ketempat2 persediaan ni dgn tajaan
sendiri buat kursus Bed(TESL) atau BA(English)... lepas dapat result
bagus di kursus persediaan ni mereka semua boleh apply loan MARA untuk
further studies ke overseas...


Maka ramailah anak Malaysia pergi ke luar negara bermula pada tahun 1990
kalau taksilap sampailah ekonomi Malaysia merudum tahun 1998 kerajaan
stop dah beberapa program dan limit jumlah pelajar yg dihantar ke luar
negara.


Disinilah bermula segala masalah. Anak2 menteri, anak kroni, anak2 orang
kaya yg buat degree in TESL dan degree in English ni bila balik M'sia
diorang takkan nak jadi cikgu bahasa inggeris?? Eh... tak masuk akal
langsung... so diorang pakai kabel mak bapak diorang apply PTD. So
diorang lah yg jadi pegawai2 penggubal dasar kat kementerian-kementerian
kerajaan tu. Apa lagi dioranglah yang cadangkan agar Math Sains diajar
dlm Bahasa Inggeris... kononya agar anak Malaysia akan jadi lebih cekap
berbahasa Inggeris dan boleh bersaing diperingkat global. Sakittnya hati
Ya ALLAHHH... dan kerana cadangan diorang tulah maka beratus juta duit
rakyat dihabiskan beli LCD Projector dan Laptop yg rata2 cikgu kitapun
tak reti dan tak selesa nak guna.


Banyak IPT, cendikiawan, research telah dibuat, dibincangkan dan
diterbitkan bahawa pengajaran Math Sains dlm Bahasa Inggeris ini tidak
membantu meninkatkan pencapaian Bahasa Ingeris. Antaranya kajian yg
dibuat di Universiti Malaya dan kajian oleh Prof. Dr. Jusoh dari UiTM.
Negara Jepun, Italy, Peranchis , Jerman tak ajar dlm Bahasa Inggerispun
jauh lebih maju... Malah pengajaran dlm bahasa Ingerislah puna anak
Malaysia semakin lemah dlm pelajaran... yg paling teruk anak melayu
laaahhhh...


Kalau iapun nak ajar dlm Bahasa Inggeris kenapa tak mulakan di MRSM dan
SM Sains ke dulu... biar budak2 yg selected tu dulu yg jadi
pengasas..lepas tu tengok and check keberkesanannya... Bila pembangkang
dan masyarakat terutama cendikiawan dan ahli akademik yg genuine yg
tidak rasuah marah dgn isu PPSMI ini maka setiap kali ujian UPSR ke PMR
ke SPM ke soalan dipermudahkan. Kalau takpun cara marking dipermudahkan.
Melihat skima pemarkahan peperiksaan setiap tahun aku sedih la... ada tu
asalkan ada je satu perkataan tu dah dikira betul dah dapat markah.
Begitu terdesaknya kerajaan nak tunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh
follow la sistem PPSMI ni... hakikatnya rakyat Malaysia sendiri yg
dibangangkan... kawan2 kat sekolah jenis kebangsaan cina kata diorang
disekolah cina tak pernah patuh pada PPSMI.. diorang tetap ajar guna
bahasa cina... sebab pelajar lebih mudah paham...


Akhirnya bila keputusan peperiksaan diumumkan memanglah menunjukkan yg
subjek Math Sains tu semuanya ok.. dah soalan dipermudahkan... dan
marking juga dipermudahkan... memanglaa result keseluruhan nampak gempak
tapi sedar tak bahawa semua ni sandiwara yang akhirnya kena tanggung
oleh kita semua rakyat Malaysia.  Dahtu lama pulak tu kena menanggung...


Masa konvensyen kecemerlangan IPT di Sri Iskandar baru2 ni... ramai
pensyarah IPT seluruh Malaysia bengang dengan PPSMI sebab yg masuk U
nipun bukannya pandai sangat. Result SPM bagus tapi Y=mX + C pun tak
tahu apa punya equation. Inilah jadinya bila kerajaan berniaga
menggunakan rakyat. Inilah jadinya bila sesuatu itu dilakukan demi
kepentingan politik dan bukan kepetingan agama, bangsa dan negara.
Selepas 5 tahun barulah nak revise balik dan nak tengok balik
keberkesanannya. Alaahhh... keberkesanan tu boleh dibuat... boleh
direka... buat soalan senang... arangkan unit peperiksaa kementerian
pendidikan buat soalan senang pastu marking juga senang. Contohnya
soalan sains Rainbow consist of how many strips?? Buatlah sistem
pemarkahan tu asalkan ada perkataan SEVEN je terus betul jawapannya tak
kiralah seventy ke , seventeen ke... itulah hakikat yg terjadi semenjak
PPSMI ni dilaksanakan.


Bila budak yg tak sepatutnya layak masuk IPT tiba2 dapat result bagus
dan masuk IPT maka sistem IPT pulak bercelaru... sampailah masuk alam
pekerjaan... habisss semuanya bercelaru... nanti akan keluarlah makin
ramai engineer yg corrupt, doktor yg careless dsbg. Makin banyaklah
jambatan yg runtuh... makin banykla tuala yg ertinggal dlm perut lepas
pembedahan... semuanya gara2 satu tindakan yg bodoh!

DR. ABANGRAJA


         

Kirim email ke