Aku ingan kongsi satu cerita.

Sewaktu
awal pembukaan RADIX FC (RFC), satu surat saman telah datang dari KFC
Amerika. Aku merasa pelik kenapa ia datang dari KFC Amerika, bukan KFC
Malaysia. Ada kaitan lagi ke KFC amerika dengan KFC malaysia sedangkan
daripada maklumat yang dapat daripada emel, blog bahawa melayu telah
ambil 100% KFC malaysia. Memang pelik. Terkini, surat saman kedua telah
sampai. Terlebih pelik.

Aku ni orang yang tak tahu, cuma aku
ingin bertanya. Jika KFC sudah beralih tangan kepada orang melayu,
bahan-bahan untuk menghasilkan makanan di KFC sekarang seperti tepung
KFC, sos cili dan lain-lain diambil dimana?

Adakah KFC Malaysia
mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan barangan ini ataupun masih
lagi diimport dari Amerika. Kalau KFC malaysia dah ada kilang sendiri
untuk menghasilkan barangan ini, ok la tu. Tapi jika barang-barang
tersebut masih lagi diimport dari Amerika, bermakna kita tetap
menyumbang pada Amerika yang menyokong Yahudi Laknatullah menyerang
saudara kita di Palestin.

Yang ni dari segi perniagaan pula,
berdasarkan apa yang aku nampak. Politik perniagaan. KFC Amerika sudah
nampak akan kesan kempen boikot barangan Amerika dibuat oleh umat
Islam. Bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian, mereka menyerahkan
syarikat ini kepada orang Melayu.

Orang Melayu pun berada dalam
dilema. Nak boikot atau tak? Lalu tak jadilah nak boikot sebab Melayu
yang kuasai. MELAYU. Selamatlah syarikat KFC Malaysia.

Satu
lagi, orang Melayu memang suka makan ayam. Tambah-tambah lagi ayam KFC.
Tapi cuba kita tengok di mana-mana KFC, orang india dan cina amat la
kurang. KURANG. Amat kurang. Sebab mereka tahu makan ayam tak baik
untuk kesihatan. Ayam ni banyak lemak.

Sebab tu, bila ada
kenyataan di media yang umat Islam tak perlu boikot KFC, orang melayu
akan sebarkannya habis-habisan. Berjuang berhabis-habisan. Orang Melayu
suka makan ayam. Hidup Melayu. Hidup KFC.

Just pendapat dari aku yang jahil ini.

-ibnuahmad-
http://fakir-insani.blogspot.com




      Layari secara lebih pantas dan bijaksana dengan Firefox 3!
http://my.downloads.yahoo.com/firefox/

Kirim email ke