ambo sembah derhaka

--- Pada Rab, 8/4/09, MOHD TAJUDIN ABDUL WAHAB <tajudinsaiful...@yahoo.com.my> 
menulis:


Daripada: MOHD TAJUDIN ABDUL WAHAB <tajudinsaiful...@yahoo.com.my>
Subjek: Re: [perakan] FW: [ex-faris92] Siapa Derhaka??
Kepada: perakan@yahoogroups.com
Tarikh: Rabu, 8 April, 2009, 2:57 PM











ore BN ni lagu ni la. kalu keno atah bate hido dio, dio senyap wak bodo jah, 
tapi kalu keno aloh ko ore lain dio besar isu, dio puta belik jugok. ni la kalu 
kito kato BARUA 
dio maroh.

--- Pada Sel, 10/3/09, Alwi, Anuar (EXT-Other - MY/Cyberjaya) 
<anuar.a...@gmail. com> menulis:


Daripada: Alwi, Anuar (EXT-Other - MY/Cyberjaya) <anuar.a...@gmail. com>
Subjek: [perakan] FW: [ex-faris92] Siapa Derhaka??
Kepada: 
Tarikh: Selasa, 10 Mac, 2009, 12:18 PM





 




Subject: [ex-faris92] Siapa Derhaka??








BUKIT GANTANG : Mursyidul Am PAS, YAB.Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat 
mendedahkan 15bukti secara fakta bahawa UMNOlah penderhaka kepada Raja. 
Pendedahan itu diucapkan beliau dalam Pelancaran Geak Kerja Jentera Pilihanraya 
Bukit Gantang yang diadakan disini. 

Sebenarnya Umno dan beberapa pemimpin UMNO penderhaka kepada sultan di negara 
ini. Beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah bagaimana pemimpin Umnolah 
penderhaka dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu bukan pemimpin Pakatan 
Rakyat.katanya. 

1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 
dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta. 

2. Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak 
mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya 
hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas 
jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi 
Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba 
Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 
12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya. 

3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang 
yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara 
terbuka. 

4.1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan 
dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak 
cadangan tersebut. 

5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara 
terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan. 

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga perwakilan Umno meminta harta raja 
disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah 
ini bukan derhaka? 

7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat 
oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan 
derhaka namanya.? 

8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di 
bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media 
mengkritik secara terbuka salah laku raja. 

9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di A.Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu 
Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam 
raja-raja Melayu. 

10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya 
Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak 
pada 6/2/09. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, 
tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh 
perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 
17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya 
orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo 
itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan 
martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah. 

11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan 
Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa . Ini 
lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?. 

12.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “ Sultan Kelantan 
sekarang tidak layak menduduki takta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.) 

13.Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah 
(puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan 
derhaka?. 

14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpahDato’ Mohd Said 
selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana 
dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula 
mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan 
hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain 
rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap 
mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009. 

15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah 
ini derhaka namanya. 

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka 
sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya 
menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, 
merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Sebab itu kita lihat 
dalam Media Pro Umno sudah tidak lagi membangkit isu derhaka, kerana mereka 
silap. Rakyat sekarang bukan zaman purba hidup di dalam gua, tetapi rakyat 
sudah ada maklumat melalui langit terbuka. Maklumat rakyat boleh korek melalui 
hujung jari sahaja.






Best Wishes, 
---Hassan---
 



Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail. yahoo.com/
















      Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke