----- Forwarded Message ----
From: Irwan J <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: Friday, March 21, 2008 8:17:29 PM
Subject: tipah - Fw: [sim] PESANAN : Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang
"Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama..
Sebanyak mana dapat taat perintah Allah,
Ikut cara Nabi S.A.W.."
----- Forwarded Message ----
From: liza <[EMAIL PROTECTED] com.my>
To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Sent: Friday, March 21, 2008 3:24:46 PM
Subject: [sim] PESANAN : Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang
Salam
Bila cahaya ( petunjuk Allah SWT ) terputus secara tiba , siapakah yang lebih
sesat si celik ? atau si buta ? ( muslim / kafir )... Fikir2kan lah.
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang di rejam.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2.17] Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti
orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba)
Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam
gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
[2.18] Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu
mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
[2.19] Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari
langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat
jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana
mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan
kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
[2.20] Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan
mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya) , mereka
berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah
mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya
dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[2.21] Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah
menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
(menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
SodaqAllahul3adzim
Pesanan Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang
Posted by Raja Petra Sunday, 16 March 2008
Pada kebiasaanya apabila saya menulis tentang situasi semasa saya menulis
didalam Baahasa Inggeris tetapi akibat dari beberapa situasi semasa di PP baru
baru ini, saya merasakan adalah perlu bagi saya menulis di dalam Bahasa Melayu
bagi memastikan penulisan saya ini dapat di baca oleh semua peringkat rakyat di
seluruh Negara terutama di PP.
Kejatuhan kerajaan BN di PP pada PRU ke12 baru baru ini terjadi akibat
kegagalan kerajaan BN menangani masalah rakyat secara umumnya. Jika rakyat
bahagia di bawah kepimpinan BN, sudah tentu ianya tidak akan di gulingkan di 5
negeri dan nyaris nyaris kalah di seluruh semenanjung.
Sebagai rakyat, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan tidak mengikut
rentak permainan politik puak puak tertentu. Kerajaan baru ini dilantik oleh
rakyat ini bukanlah untuk selama lamanya tetapi hanya untuk tempoh 5 tahun.
Kalau kerajaan pusat berhajat membuat pilihanraya lebih awal, rakyat mungkin
memilih selepas 3 tahun.
Kuasa di tangan rakyat. Kita perlu memilih pemimpin yang baik dan berwawasan.
Tidak guna kita pilih orang orang tertentu kerana semata mata dia orang melayu
atau Islam tetapi melayu itu pada warna kulitnya dan islam itu hanyalah sekadar
pada songkoknya sahaja dan perangai macam syaitan atau mencuri duit rakyat
secara terang terangan.
Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada beberapa peristiwa yang
berlaku selepas ke kalahan BN. Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak
yang amat matang dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP dan
memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di
lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di
semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus kita tauladani. Ianya
mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK.
Saya amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 dan surat khabar
pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua
projek mega di PP kerana rakyat sudah menolak BN dan UMNO di PP. Adakah masuk
di akal apabila, UMNO PP meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di PP
di hentikan dan biarkan kerajaan baru PP mencari penyelesaiannya. Hari ini saya
amat terkejut apabila membaca artikel di dalam Malaysiakini dimana IGP
mengarahkan supaya orang ramai tidak berhimpun di Komtar dan pada sebelah
petangnya tersebar berita mengatakan yang perhimpunan yang telah melibatkan
hampir 2000 orang di lakukan oleh UMNO.
Orang UMNO selama hari ini kononnya berdisiplin dan senatiasa meminta permit
polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kin i telah menunjukkan belang
mereka. Tanpa kebenaran polis dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak
di PP. UMNO PP telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM. Pada penilitian saya,
mujurlah pihak polis di Malaysia ini sangat professional dimana mereka telah
bersikap neutral dan mengambil langkah langkah mengawal keadaan. Sebaik baiknya
pihak polis mengambil tindakan keatas pemimpin UMNO ini yang dengan terang
terangan melanggar undang undang negara. Undang undang tidak membezakan pesalah
diri segi warna kulit atau parti politiknya.
Apakah tujuan sebenar UMNO di Pulau Pinang?Siapakah pencetus isu perkauman di
PP secara khususnya. Adakah ianya di lakukan bagi menimbulkan insiden insiden
di mana membolehkan perintah darurat dapat di laksanakan di PP? Jika tuan tuan
menonoton TV, tuan tuan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah memberi amaran
terbuka kepada Lim Guan Eng supaya janagn bermain dengan isu perkauman dan hak
hak orang melayu diPP.
Apa yang di cakap oleh Pak Lah ini masuk di akal atau tidak? Guan Eng cuma
menjelaskan bahawa selepas ini kerajaan PP akan melaksanakan tender terbuka dan
tidak lagi melakukan "direct nego" sepertimana yang di amalkan oleh kerajaan BN
sebelum ini. Mengapa Pak Lah mengaitkan kenyataan ini dengan hak hak orang
melayu? Dari pengamatan saya, Pak Lah telah menimbulkan isu perkauman dan bu
kan Lim Guan Eng.
Kenyataan Pak Lah di sambut oleh UMNO PP. Kalau perkhidmatan bas dihentikan,
tentunya rakyat akan sengsara dan memberontak. Inikah niat UMNO PP atau Pak Lah
sendiri. Jika ada pemberontakan, keseluruhan Negara akan terjejas dan bukan
sahaja di PP. Apakah yang ada dalam kepala otak pemimpin UMNO PP ini? Adakah
Pak lah dan UMNO PP mahu menimbulkan keadaan dimana kerajaan pusat boleh
mengumumkan "perintah darurat" di PP dan lepas itu kerajaan akan di ambil oleh
kerajaan sementara. Saya juga terkejut apabila mendapati Orang Melayu juga
membuat perarakan yang sama di Selangor. Ini memberi gambaran bahawa perkara
ini di lakukan dengan perancangan rapi dari pihak atasan.
Wahai bangsa ku di Pulau Pinang, saya pinta: Gunakanlah kekuatan akal fikiran
kita sebelum membuat sesuatu tindakan. Janganlah cepat melatah. "Pikiak jauh
sikit". Jangan bagi malu bangsa kita ini. Kita kena tunjuk yang kita ini
mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan setanding dengan masyarakat maju di dunia
ini. Rakyat PP ini tak sama dengan rakyat di negeri lain. Di dalam darah kita
ada darah pelbagai keturunan Arab, Turki, India,hindustani, eropah dll. Kita
sepatutnya lebih celik dan lebih intelek lagi. Saya pinta semua rakyat merenung
sejenak dan memikir sejauh mana BN telah menolong rakyat.
Memang menjadi tanggungjawab mana mana kerajaan membina hospital, sekolah,
longkang, jalan dan sebagainya. Itu fakta yang kina kena faham. Kalau kerajaan
BN tak bina semua ini, sudah tentu rakyat dah lama buang depa. Selama ini
rakyat menerima depa kerana pada fikiran rakyat politik perkauman itu penting
bagi memastikan orang melayu tidak di pinggirkan. Realitinya, politik perkauman
merugikan negara dan banyak pihak dan hanya menguntungkan sebilangan kecial
orang orang UMNO yang mempunyai kuasa dan kedudukan .Kalau BN benar benar
bagus, mengapa rakyat menolak BN di PRU ke 12.
Saya ingin b ertanya kepada rakyat PP yang telah mengambil bahagian di
demonstrasi haram di Komtar pada hari ini . Kerajaan yang di bentuk ini baru
berumur 1 minggu. Sudahkah rakyat di tindas? Adakah hak hak orang orang kita
telah di nafikan? Belum apa apa lagi kita dah melatah. Sebenarnya siapa yang
melatah dan tak senang duduk sehingga menggerakkan rakyat yang tak tau hujung
pangkal dengan mengadakan perhimpunan haram di PP?
Ini adalah orang orang yang menjadi kaya raya dengan duit rakyat di PP selama
ini. Dengan UMNO mereka mendapat projek merata rata. Mereka mendapat projek
bukan diatas kekuatan teknikal atau mental. Projek projek mereka semuanya ada
kaitan dengan politik UMNO - "aku bagi hang projek, hang jangan lupa aku".
Projek ini memperkayakan orang orang tertentu dan bukan semua orang melayu.
Saya ambil contoh Dato Amin Shah yang kini telah muflis. Orang yang tidak ada
pengalaman di dalam pembinaan perkapalan telah di beri kontrak hampir 5 billion
ringgit untuk membina 6 buah kapal perang secara rundingan terus. Tidak perlu
ada tender. Dimana kapal kapal ini hari ini? Setelah lewat lebih dari 8 tahun,
apa yang sudah jadi dengan kapal kapal ini. Sedarkah tuan tuan hari ini sebuah
berada di tengah laut, satu masih lagi tidak di terima oleh pihak TLDM (tapi di
paksa terima) dan kini berada di limbungan lumut kerana ga gal mengikuti
spesikasi. Yang 4 lagi kat mana? Bayang pun tak dak? Habuk besi pun tak dak?
Tahukah tuan tuan bahawasanya semua duit berkaitan projek ini dah habis di
bayar. Mana pi duit ini semua? Mana kapai?
Sebenarnya kalau kita tempah kapal ini di luar negara secara terus, harganya di
1/3 dari harga 5 billion dan ianya dah lama siap dah. TLDM hari ini dapat
memantau laut PP dengan lebih selamat. Mana perginya duit duit ini? Saya minta
tuan tuan fikirkan sendiri. Tahukah tuan tuan dengan 5 billion berapa banyak
rumah dapat di sediakan untuk rakyat, berapa banyak monorel dapat di buat di PP
- rakyat tak payah sangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Duit ini duit siapa
- duit rakyat dimana duit ini digunakan untu k memperkayakan orang orang
tertentu. Begitu juga dengan projek PORR dan projek jambatan Pulau Pinang yang
kedua. Ke semua ini tiada tender. Kalau di buat tender harganya jauh lebih
murah.
Duit selebihnya boleh digunakan untuk rakyat. Mengapa duit rakyat hendak di
gunakan untuk memperkayakan orang tertentu.
Saya minta tuan tuan berfikir sejenak dari segi sejarah. Sejak 1800, PP and
Singapura di jajah oleh British. Dua duanya pulau. Kedua dua pulau ini di
gunakan b agi tujuan yang sama iaitu untuk perdagangan bebas dan mengekspot
hasil bumi dari Semenanjung. Rakyat pun sama. Kebanyakannya pedagang dari
seluruh pelusuk dunia. Waktu Merdeka, PP dan Singapura sama tarafnya. Hari ini
dimana Singapura dan di mana Pulau Pinang? Bagi rakyat PP yang tidak pernah
sampai ke Singapura, cuba pergi tengok rumah mereka, pangsapuri mereka,
jalanraya mereka, taraf ekonomi mereka. Baru baru ini saya menaiki MRT dari
Orchard Road sampai ke Changi...jauh tu bang oi.. bayar S$0.70 cent.
Pergi tengok berapa bersih dan luasnya flat mereka. Hidu sendiri udara mereka
dan nikmati kebersihannya. Pokok menghijau di merata rata dan Kerajaan
Singapura hari ini ingin menjadikan Pulau Singapura sebagai sebuah Pulau yang
berkonsepkan terusan air di merata rata. Mengapa Singapura boleh melonjak jauh
kedepan walaupun minyak tak ada, air pun tak ada, hasil bumi pun tak ada.
Asasnya mereka tahu mencari dan menguruskan wang dengan telus. Pergi tengok
Sungai Singapura dan bandingkan dengan Sungai Pinang.
Hari ini, orang Singapura boleh terjun dan mandi dalam Sungai Singapura. Di
Pulau Pinang, hampir semua sungai dah di jadikan longkang. Sungai pun dah nak
pupus dan di gantikan dengan longkangs. Pergi tanya rakyat Singapura adakah
mereka menganggap kerajaan mereka itu kuat makan rasuah. Jawapannya tidak.
Pemimpin UMNO Pulau Pinang hari ini bukanya fikirkan hal dan kepentingan
rakyat. Mereka pentingkan hak peribadi mereka. Mereka takut rahsia rahsia
mereka terbongkar. Mereka takut kekayaan mereka di siasat. Dari 1000 orang
Melayu di PP yang kaya berapa kerat ja yang betul betul kaya? Yang kaya kepala
kepala UMNO yang duduk diatas .
Kerana takut mereka melaga laga kan rakyat? Kalau benar DEB itu berjaya habis
kenapa sampai la ni pun tak selesai selesai! Patut dah habis pada tahun 1991.
Kalau BN tu bagus sangat, kenapa DEB tak selesai sampai hari ini. Adakah inaya
tidak dapat diselesaikan atau sengaja tak nak di selesaikan? Jadi rakyat , saya
pinta janganlah cepat melatah.
Orang Melayu kena fikir secara rasional. Mungkin kerajaan baru ini mempunyai
kaedah kaedah yang lebih baik dari DEB. Bagi lah depa peluang untuk buka
langkah. Ini belum apa apa lagi dah buat demonstrasi haram di jalanan. Kita
tengok. Kalau depa tak boleh buat untuk kita macam depa dok janjikan kita buang
mereka 5 tahun lagi. Apa kita nak takut.
Biar kita tengok sejauh mana kebolehan mereka. Biar kita tengok dulu apa yang
mereka janji tu mereka boleh buat tak. Jangan melatah.Tak rugi mana pun.. tak
lama mana pun.. itulah kuasa rakyat.. rakyat boleh mengakkan kerajaan dan
rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan.
Akhir kata, saya pinta Rakyat semua di seluruh negara terutama orang melayu di
PP tanpa mengira latar belakang politik kita. Kita harus pentingkan negara dari
pentingkan UMNO. Marilah kita bersama sama bekerjasama memastikan kerajaan yang
kita lantik ini berjalan lurus dan bersih dan berkhidmat u ntuk kita. Hari ini
ada perimbangan kuasa. Ianya bagus untuk rakyat. Peluang untuk menyalahguna
kuasa dan wang kini agak sukar. Jadi duit lebihan ini akan di belanjankan untuk
rakyat. Ianya bagus untuk rakyat dan bukan untuk pencuri duit negara. Kalau
depa tak buat kerja yang kita harapkan untuk 5 tahun akan datang, kita akan
buat pertimbangan semula pada PRU ke 13. Fikirkan apa yang saya kata. Kita
orang melayu harus menunjukkan kematangan dari segi IQ dan EQ. Kenalah tunjuk
pandai sikit. Jangan cepat melatah.
Looking for last minute shopping deals?
Find them fast with Yahoo! Search.
<!--
#ygrp-mkp{
border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:14px 0px;padding:0px 14px;}
#ygrp-mkp hr{
border:1px solid #d8d8d8;}
#ygrp-mkp #hd{
color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:bold;line-height:122%;margin:10px 0px;}
#ygrp-mkp #ads{
margin-bottom:10px;}
#ygrp-mkp .ad{
padding:0 0;}
#ygrp-mkp .ad a{
color:#0000ff;text-decoration:none;}
-->
<!--
#ygrp-sponsor #ygrp-lc{
font-family:Arial;}
#ygrp-sponsor #ygrp-lc #hd{
margin:10px 0px;font-weight:bold;font-size:78%;line-height:122%;}
#ygrp-sponsor #ygrp-lc .ad{
margin-bottom:10px;padding:0 0;}
-->
<!--
#ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:arial, helvetica, clean,
sans-serif;}
#ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}
#ygrp-mlmsg select, input, textarea {font:99% arial, helvetica, clean,
sans-serif;}
#ygrp-mlmsg pre, code {font:115% monospace;}
#ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}
#ygrp-text{
font-family:Georgia;
}
#ygrp-text p{
margin:0 0 1em 0;}
#ygrp-tpmsgs{
font-family:Arial;
clear:both;}
#ygrp-vitnav{
padding-top:10px;font-family:Verdana;font-size:77%;margin:0;}
#ygrp-vitnav a{
padding:0 1px;}
#ygrp-actbar{
clear:both;margin:25px 0;white-space:nowrap;color:#666;text-align:right;}
#ygrp-actbar .left{
float:left;white-space:nowrap;}
.bld{font-weight:bold;}
#ygrp-grft{
font-family:Verdana;font-size:77%;padding:15px 0;}
#ygrp-ft{
font-family:verdana;font-size:77%;border-top:1px solid #666;
padding:5px 0;
}
#ygrp-mlmsg #logo{
padding-bottom:10px;}
#ygrp-reco {
margin-bottom:20px;padding:0px;}
#ygrp-reco #reco-head {
font-weight:bold;color:#ff7900;}
#reco-grpname{
font-weight:bold;margin-top:10px;}
#reco-category{
font-size:77%;}
#reco-desc{
font-size:77%;}
#ygrp-vital{
background-color:#e0ecee;margin-bottom:20px;padding:2px 0 8px 8px;}
#ygrp-vital #vithd{
font-size:77%;font-family:Verdana;font-weight:bold;color:#333;text-transform:uppercase;}
#ygrp-vital ul{
padding:0;margin:2px 0;}
#ygrp-vital ul li{
list-style-type:none;clear:both;border:1px solid #e0ecee;
}
#ygrp-vital ul li .ct{
font-weight:bold;color:#ff7900;float:right;width:2em;text-align:right;padding-right:.5em;}
#ygrp-vital ul li .cat{
font-weight:bold;}
#ygrp-vital a{
text-decoration:none;}
#ygrp-vital a:hover{
text-decoration:underline;}
#ygrp-sponsor #hd{
color:#999;font-size:77%;}
#ygrp-sponsor #ov{
padding:6px 13px;background-color:#e0ecee;margin-bottom:20px;}
#ygrp-sponsor #ov ul{
padding:0 0 0 8px;margin:0;}
#ygrp-sponsor #ov li{
list-style-type:square;padding:6px 0;font-size:77%;}
#ygrp-sponsor #ov li a{
text-decoration:none;font-size:130%;}
#ygrp-sponsor #nc{
background-color:#eee;margin-bottom:20px;padding:0 8px;}
#ygrp-sponsor .ad{
padding:8px 0;}
#ygrp-sponsor .ad #hd1{
font-family:Arial;font-weight:bold;color:#628c2a;font-size:100%;line-height:122%;}
#ygrp-sponsor .ad a{
text-decoration:none;}
#ygrp-sponsor .ad a:hover{
text-decoration:underline;}
#ygrp-sponsor .ad p{
margin:0;}
o{font-size:0;}
.MsoNormal{
margin:0 0 0 0;}
#ygrp-text tt{
font-size:120%;}
blockquote{margin:0 0 0 4px;}
.replbq{margin:4;}
-->
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?
Find them fast with Yahoo! Search.
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping
[Non-text portions of this message have been removed]