SELAMAT TAHUN BARU 2005 DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA
PESISIR, TIDAK KIRA DI MANA BERADA. WALAUPUN AGAK
LEWAT UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN, TETAPI MASIH BELUM
TERLAMBAT KAN.

Mengenai azam tahun baru.... saya akan berfikir dahulu
sebelum menyatakannya. Ini kerana masih banyak lagi
azam tahun lalu yang diazamkan tidak tertunai sehingga
malam 31 Disember 2004.

So, saya tak mahu tergopoh gapah membuat azam baru.
Saya tidak mahu dicapkan sebagai hipokrit. 

Apapun, dicatatkan sedikit pengalaman pahit saya
sepanjang 2004:-
1. Gagal hadir mesyuarat bulanan AJK Pesisir.
2. Gagal menghadirkan diri sebagai wakil Pesisir ke
majlis anjuran DBPWT dan mana-mana jabatan kerajaan.
3. Gagal menyumbangkan ideal dalam memperkasakan
matlamat dan usaha Pesisir ke arah kecemerlangan dunia
sastera.
4. Gagal menjalankan tanggungjawab sebagai AJK
Pesisir.
5. Gagal membaiki keretakan hubungan dan silaturahim
dengan rakan-rakan sejawatan dalam Pesisir dan
ahli-ahli Pesisir.
6. Gagal memberi sokongan atau ucapan tahniah kepada
rakan-rakan Pesisir yang berjaya mencipta nama dalam
bidang penulisan novel, cerpen dan sajak.

Ini semua kerana kesibukan tugas yang terpaksa saya
hadapi sepanjang tahun 2004 dan ditambah pula dengan
sikap mementingkan diri. 

Sungguhpun begitu, apa yang paling menakutkan saya
ialah era 2005 iaitu tahun yang menjanjikan kesibukan
teramat sangat dalam kehidupan seharian. 

Mulai Januari 2005, saya diberi kepercayaan oleh
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Haji
Annuar Musa untuk membantunya memperkasa jentera UMNO
Kelantan.

Untuk itu, saya diberikan jawatan sebagai PEGAWAI
PERHUBUNGAN MEDIA UMNO NEGERI berkuat kuasa 1 Januari
2005. Bidang tugas yang diamanahkan dan perlukan
dilakukan dengan penuh tanggungjawab ialah menyelaras
dan mengendalikan penerbitan akhbar Umno Kelantan
iaitu AL-HAQ.

Tugas dan amanah yang diberikan kepada saya ini perlu
saya laksanakan dengan baik, berhemah dan bersepadu
demi orang Melayu.

Sekian, minta berbanyak maaf kalau ucapan Tahun Baru
ini lari topik dan mesej.




--- Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:

> Selamat menyambut tahun baru 2005 diucapkan pada
> semua. Sempena tahun baru ini, saya telah kembali
> semula ke internet , tapi tak boleh seperti dulu
> lagi berlama-lama selagi kemudahan streamyx tidak
> sampai ke sini.
> 
> Mulai 1 Januari 2005 dengan menggunakan 4 buah
> komputer persendirian , saya buka pusat ICT Kok
> Pasir. (bercadang nak tambah sebuah jadi 5 buah).
> 
> Saya nak tawarkan kepada warga perintis (yang
> berhajat nak buat laman web sendiri)  terutamanya,
> untuk sertai kursus bina laman web, tapi untuk 
> tahun 2005 dikenakan bayaran sedikit yang sangat
> berpatutan.
> 
> Kalau perintis nak anjur bolehlah empat orang  atau
> lima orang sekali  kursus. 
> 
> 
> 
> Ediramle Ismail.
> 
> 
> 
> 
> 



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - now with 250MB free storage. Learn more.
http://info.mail.yahoo.com/mail_250


Egroup Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)
[EMAIL PROTECTED]



 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Pesisir/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke