A'kum dan salam sejahtera.
Saya menyokong penuh saranan saudara Edi Ramlee berkenaan larangan penyiaran iklan-iklan berbentuk perniagaan MLM dan seumpamanya. Iklan2 tersebut bukan sahaja menimbulkan krisis ruang kepada 'storage' email pengguna dan pengikut mail-group pesisir, malah menimbulkan banyak kekeliruan. Apatah lagi iklan-iklan tersebut sebenarnya jauh tersasar daripada objektif asal tertubuhnya ruangan ini. kepada saudara2 kita yang sedang ghairah menggunaan medium ini untuk tujuan tersebut, hentikanlah! jangan fikir iklan anda mendapat sambutan dan dialu-alukan di sini.
Banyak lagi channel lain yang lebih sesuai. secara peribadi saya katakan khalayak yang dibentuk di sini bukanlah dari kalangan mereka yang kempunan untuk meraih kekayaan segera melalui program-program perniagaan sedemikian. Fahamilah motif dan tujuan penubuhan ruangan ini. Jangan kerana terlalu banyak dihujani email-email 'spam' sedemikian, laman ini terpaksa ditutup. Akhirnya, kita sendiri yang rugi.
Seruan saya, bersama kita menjaga keharmonian ruangan ini.
p/s: Jangan biarkan diri dimanipulasi oleh sistem/program yang asalnya menguntungkan orang yang mencipta program tersebut. Yang berotak geliga sedang meraih keuntungan sedang pengikut terkial-kial dengan janji-janji yang tidak pasti. --Sekadar berpendapat! Maaf ...
Editor
--
___________________________________________________________
Sign-up for Ads Free at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup
Egroup Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Pesisir/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
