SUTERA KASIH KINI BERADA
DI PASARAN


UNTUK pengetahuan peminat-peminat novel Alaf 21, anda kini boleh mendapatkan novel SUTERA KASIH daripada penulis Sirhan Ansari di kedai-kedai yang berhampiran. Kami percaya, novel ini akan menusuk kalbu anda apabila membacanya.

Sirhan Ansari merupakan penulis baru tetapi sudah mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan dan pernah meraih pelbagai hadiah utama daripada Utusan Melayu, Berita Harian dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Kisah SUTERA KASIH penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan seperti kasih sayang pengorbanan, dan kesabaran dalam melayari penderitaan yang ditanggung oleh watak yang dicipta oleh beliau.

Untuk mendapatkan novel ini, anda juga boleh melanggan terus daripada Unit Langganan.

Selamat Membaca!

Tajuk : Sutera Kasih
Halaman : 368
Harga : RM 15.00


Sinopsis:
Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Benarkah? Nurul Azwa menoktahkan zaman remajanya dengan memilih Faris sebagai suami. Dalam melayari gelombang kasih, dugaan datang melanda.

Sejak disahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mampu memberikan zuriat, dia menarik diri. Jujur diakui, saat itu seakan lenyap semua harapan dan semangat. Namun, wanita cekal ini masih ada akal, ada perasaan dan juga iman. Dia menerima hitam putih kehidupan ini sebagai ketentuan yang telah tersurat.

Hidup mesti diteruskan! Faris memulakan kehidupan barunya dengan Syima. Kuasa ALLAH... Syima mengetahui kisah penderitaan Azwa apabila terbaca diari suaminya. Atas dasar kemanusiaan dan simpati, Syima nekad, wanita berhati luhur itu perlu dibantu. Tetapi... mereka tidak pernah bertemu, jauh sekali mengenali hati budi masing-masing. Hanya yang dia tahu... andai cinta itu satu pengorbanan, dia juga perlu berkorban meskipun ada hati yang teruji, ada hati yang terluka.

Perjalanan hidup ketiga insan ini masih jauh, pelbagai kemelut terus menanti. Dalam sabar Azwa, adakala terasa bahang derita. Dalam bahagia Syima, ada bersilih duka. Dan dalam tenang Faris, sesekali kesal datang melanda. Pun begitu, mereka terus berjuang untuk menikmati kebahagiaan. Dan setelah sekian lama berdoa... terleraikah kekusutan, termakbulkah impian? Yang pasti... diari duka silam ini perlu dinoktah, derita ini perlu ada penyudah!



Egroup Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR)
[EMAIL PROTECTED]






Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke