Dalam Perjalanan kita Berfikir. Dalam Diam juga kita  Berfikir
   
  
  Bismillahirrahmanirrahim
  Berfikir adalah satu perkara yang mesti, sesungguhnya pancarindera yang 
paling penting adalah otak kita. Kalau otak, kita tidak berfungsi dan kita 
tidak dapat berfikir dengan waras. Ada sahaja yang pasti berlaku.  Berfikir 
bukan berkhayal. Tapi dalam perjalanan kita berfikir kerana banyak yang kita 
lihat sekeliling kita. Bagaimana pula dalam diam juga berfikir? Ini satu hal 
yang perlu kita cari. Apa yang perlu kita fikirkan?  Teringatkan firman Allah 
dalam surah As-syu'ara:78-83 :-
  " Tuhan yang menciptakan daku ( dari tiada kepada ada), Maka Dialah yang 
memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku 
makan dan memberiku minum. Dan apabila aku sakit, Dan (Dialah) yang mematikan 
daku, kemudian ia menghidupkan daku. Dan (Dialah ) yang aku harap-harapkan 
supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat, Wahai Tuhanku, Berikanlah daku 
ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang orang yang soleh"
  Berfikir dalam diam juga satu pendekatan untuk kita mengingati setiap 
kejadiannya dalam dunia ini dan juga di akhirat. Apakah kesudahan kita di sana 
nanti, dimana kita dihimpunkan di tengah tengah padang Masyar lalu kita dihadap 
pengadilan, apa yang telah kita lakukan di dunia, berapa banyak kebaikan dan 
berapa banyak kejahatan kita bawa ke Sana. Kalau kita ingatkan hal ini 
Subhanaallah Allahu Akhbar. Aku tidak berdaya kerana Engkau lebih besar dari 
kami semua malah kami semua ini adalah cuma hamba yang tidak berdaya. Tidak 
sanggup rasanya kami menjerit jerit kesakitan kerana bahang api yang menyalah 
nyalah dan minum nanar yang panas saat kehausan. Ya Allah! Ampunkan Dosa kami!
  Bagi mereka yang enggan berfikir rasanya tergolong dalam manusia penuh 
kerugian. Rasanya rugi kalau tidak kita tidak mengingati hal hal yang berfaedah 
yang dapat kita manfaatkan sebaik mungkin. Allah jadikan otak kita untuk 
digunakan sebaiknya. Tapi apakah daya kita ini hanya manusia dan tentu sahaja 
kita tidak dapat lari dari sifat sifat kelalaian. Firman Allah dalam surah 
An-Nahl: 17-18 :- 
   " Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama 
seperti makhluk mahluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai 
sehingga kamu tidak mau beringat serta memikirkannya? Dan jika kamu menghitung 
nikmat Allah ( yang kamu dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat 
menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah maha pengampun, lagi maha 
Mengasihani"
  Seperti surah Al Alaq bila Malaikat Jibrail a.s menyampaikan wahyu pertama 
pada Rasulullaah s.a.w  " Bacalah ( Ya Muhammad ) dengan nama Tuhanmu yang 
telah menciptakan" ( surah Al 'Alaq ayat: 1) IQRA'  Bacalah. sebenarnya 
penyampaian maksud bukan sekadar Bacalah Ya Ummat Muhammad s.a.w tetapi 
menyuruh kita berfikir, mencari, mendalami, menyelami, mendaki, mengali, 
mengkaji dan melihat apa sebenarnya Ilmu yang harus kita ketahui dan 
memilikinya. Sebanyak manapun kita miliki Ilmu itu masih tidak cukup dan selagi 
itu kita tidak putus putus mencari sehingga akhir hayat kita. Makanya kita 
diwajibkan berfikir, berilmu dan mengunakan setiap apa yang kita miliki, 
sampaikan sesuatu yang harus kita sampaikan dan harus dikongsi apa yang perlu 
dikongsi. Buangkan segala sifat negatif jadikan sesuatu positif dalam hidup 
kita dan saling bantu membantu, saling bertukar berfikir. Hidup kita hanyalah 
sementara bukan untuk selamanya. Makanya itulah kita harus bangkit dan teruskan 
perjuangan
 Dalam Perjalanan, luaskan pandangan kita dengan berfikir dan Dalam diam juga 
terus berfikir. Berfikir demi kebaikan kita bersama. 
  Akhirkata untuk saling mengingati termasuk diri ini. Dari Surah  Al - Ashr ( 
Masa )
  Bismillahirrahmanirahim
  1. Demi Masa. 2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 3. Kecuali orang 
orang yang beriman dan beramal salih dan berwasiatkan ( nasihat-menasihati) 
dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran
  Semoga kita dapat manfaat dan muhasabah bersama. Kejayaan dalam menempuh 
ujian tersebut yakni mencari jawapan adalah proses dalam pemikiran yang lebih 
banyak teruji dengan melakukan perenungan dan proses berfikir untuk mendapatkan 
kebahagian dan kejayaan dunia juga  akhirat untuk mengambil pelajaran setiap 
masa dan setiap saat adalah perkara yang paling positif juga menguatkan lagi 
daya kemampuan dan keberanian setiap apa yang kita cari dan kita tuju 
bergantung dengan nawaitu dalam jiwa kita. Kalau baik, baiklah kita terima, 
jika tidak, jadi sebaliknya. Sesungguh setiap apa yang kita rancangkan yang 
ditentukan oleh Allah ta'ala. Makanya kita harus selalu mengingati 
kebesaranNya. Bermula dengan Bisimillah berakhir dengan Alhamdulillaah. 
Insyaallah kita akan berjaya atas keberkatan dan Rahmat yang diberikan 
Insyaallah Amin Amin Amin Ya Rabbal alamin
   
   
  Wallahualam
   
  Jazakillah Khair
  Salbiah Sirat


    "Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,
  Rasulullaah menyatakan jika cinta disandarkan kepada
  harta boleh menyebabkan sombong diri, 
  jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yang sementara,
  Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan dan jika cantik yang menjadi
  sandaran boleh mendatangkan kecelakaan".
  (salbiah sirat)
  http://sarqina.multiply.com
  http://groups.msn.com/JurnalKesusasteraanSemasa
   



        
---------------------------------
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke