Tahniah kepada saudara ediramlee dan cikgu annuar kerana telah diterima secara 
rasmi sebagai stringer Sinar Harian bagi daerah Tumpat (sebenarnya kawasan 
liputan tidak terhad). Sebagai memberi rangsangan dan semangat kepada saudara 
edi, saya telah memilih satu storynya untuk dijadikan lead bagi muka surat 32 
bertarikh 16 Januari 2007, esok. Selepas ini saya akan menyiarkan story saudara 
kita, cikgu anuar musa pula. Syabas kepada anda semua. Semoga Sinar Harian 
bertambah sinar dengan kehadiran saudara berdua. Selamat maju jaya. Ikutlah 
resmi padi, makin tunduk makin berisi...jangan ikut rasmi ayam, hanya tau 
berkokok saja, sedangkan taik penuh di ekor. 
  Satu perkara lagi, kita nak jadi stringer atau wartawan ni kena GILA-GILA 
sikit. jangan gila, nanti susah.

[EMAIL PROTECTED] wrote:
          Saya (Ediramle) bagi pihak Pesisir dan diri saya peribadi juga Sdr. 
Ketua
2 (Anuar Musa) ucapkan berbanyak terima kasih kepada sdr. Manzaidi, Sdr.
Ghaffar ,Ketua 1, Sdr. Hashim juga Sinar Harian kerana setelah mengikuti
bengkel Penulisan Berita pada 13 Januari 2007 , terlalu banyak manfaat
yang diperolehi.

Hasil daripada pertolongan dan bantuan rakan-rakan sepesisir , saya dan
Sdr. Ketua 2 telah diterima sebagai Pemberita Sambilan Sinar Harian mulai
hari ini, 15 Januari 2007.

Kepada Sdr peserta yang lain yang masih belum hantar permohonan rasmi
sepertimana yang dinyatakan semasa bengkel semoga sama-sama kita berbakti
dalam penulisan berita dan rencana disamping penulisan asal masing-masing.

Ediramle Ismail
Pesisir, Tumpat.


         

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke