Tak tahu nak kata apa....melainkan terharu dengan komitmen yang ditunjukkan
oleh saudara edi, cikgu war dan hashim. tak menang tangan oleh saya nak check
story mereka bertiga. masing-masing telah menunjukkan peningkatan dalam
penulisan. cuba lagi dan cuba lagi untuk belajar supaya saudara-saudara
setanding dengan wartawan akhbar arus perdana. Komen saya pada saudara2 ialah:
anda mempunyai minat dan kreatif dalam mengesan berita. teruskan usaha anda.
zaman saya untuk mencari berita sudah menghampiri ke penamat. sekarang giliran
anda bertiga pula. Dahulu saya seperti saudara juga. tanpa memikirkan penat
lelah bekerja mencari berita, sebab berita itulah sumber rezeki saya untuk
menyara enam orang anak. Tentu anda tertanya-tanya bagaimana saya boleh sampai
ke tahap sekarang. Jawapannya ialah SABAR, JUJUR, RAJIN dan JANGAN LAWAN TAUKE.
Selain itu kena gila-gila, bukan gila. Jangan fikir soal penat dan lelah kerana
ia adalah penghalang untuk kita mencari rezeki. Untuk makluman
saudara2ku. sejak tahun 1984 sehingga hari ini, saya tidak pernah ambil cuti.
kecuali cuti umum yang memaksa syarikat bercuti. selebihnya saya rehat sehari
dua dalam sebulan untuk jumpa maksu. Sekarang sejak berada di Sinar Harian
bermula 1 Disember 2006 hingga 21 Januari 2007, baru dua hari saya ambil cuti,
itupun sebab syarikat cuti kerana raya haji. kalau tak cuti, bila masa saya nak
ambil cuti.
Sepanjang hampir dua bulan bekerja di SH, boleh dikatakan hampir setiap
minggu saya kena marah oleh bos. bos marah bukan kerana saya malas, bukan
kerana saya buat story silap atau bukan kerana saya masuk lewat, tapi bos marah
kerana SAYA TAK AMBIL CUTI ATAU OFF. Gitulah.
Kepada Edi, cikgu war dan hashim...nak jadi wartawan yang baik, selain ada
sifat jujur dan sabar, kita perlu gila-gila, bukan gila. INGAT!!!!! GILA-GILA
TAU, bukan GILA.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Berhubung perkara di bawah saya telah berkunjung ke rumah Pakcik
Hassan,
ketika itu dia tak ada di rumah . Saya ambil gambar bahagian tertentu
rumahnya sila buka pautan di bawah untuk lihat gambar-gambar tersebut.
http://pakcikhassan.bukusiber.com/
Selepas itu saya jumpa beberapa orang masyarakat kampung dan tanya
pendapat mereka. Pada sebelah petang saya jumpa Pakcik Hassan dan bertanya
sendiri. Dia kini kurang pendengaran dan kurang penglihatan .
Benar hidupnya mengalami kesukaran, rumah dah nak runtuh, makan minum tak
menentu , pada waktu malam guna pelita ayam.
Setakat ini saya tak berani melaporkan kerana ianya penuh kontroversi. Ada
beberapa versi tentang cerita ini. Tapi kepada yang ingin mengetahui
keadaan selanjutnya bolehlah datang jumpa saya dan saya akan bawa jumpa
pakcik Hassan.
---------------------------- Original Message ----------------------------
Subject: cadangan berita kisah masyarakat
From: "wan zakaria wan busu" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Thu, January 18, 2007 11:47 pm
To: [EMAIL PROTECTED]
----------------------------------------------------------
cuba ketengahkan kisah seorang tua bernama pakcik Hasan, merempat tidur
baring dan makan di atas jemburan rumah, keadaan agak uzur.ditnggal isteri
dan anak-anak tidak mepedulikan lagi. Rumah pusaka itu diharamkan bekas
isterinya utk masuk. disita terus rumah yang hampir roboh itu. Kalau
diketengahkan mungkin pihak rumah kebajikan akan buka mata untuk
menjaganya. Lokasinyanya ialah dekat dengan Sek. Ren. Kok Pasir.
[Non-text portions of this message have been removed]
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
[Non-text portions of this message have been removed]