BENGKEL PENULISAN ISLAMI GKLN-ADABUNA

Assalamualaikum

Pihak group Karyawan Luar Negara (GKLN) dan Adabuna
(group penulis dari Timur Tengah) buat julung kalinya
telah mengadakan kerjasama menganjurkan bengkel
penulisan Islami GKLN-ADABUNA secara maya (online).

Bengkel ini bakal dilangsungkan secara online
menggunakan aplikasi Yahoo Mesenger, dan tiga sesi
(bagi setiap fasilitator) akan dijalankan serentak.
Seramai 12 orang peserta dari kedua-dua kumpulan (yang
terdiri daripada penulis-penulis muda dari Mesir, US,
Dublin, United Kingdom, Australia, New Zealand, dan
lain-lain) telah dipilih dan karya-karya mereka bakal
dibedah oleh 3 orang fasilitator yang terdiri daripada
penulis-penulis mapan iaitu saudara Faisal Tehrani,
saudara Zaid Akhtar, dan Puan Nisah Haron. B

Kepada semua yang berminat, anda dijemput untuk turut
sama mengikuti bengkel tersebut sebagai PEMERHATI dan
PENDENGAR samaada melalui radio MISG (
http://www.radiomisg.com/ ) atau mengikutinya secara
langsung secara jemputan dari moderator setiap
bengkel.

Tarikh: 3 Februari 2007
Masa:

KL -Sat 9:00 PM
CAIRO -Sat 3:00 PM
NASHVILLE-Sat 7:00 AM
DUBLIN -Sat 1:00 PM
MELBOURNE - Sat 12:00 PM
WELLINGTON - Sun 2:00 AM

Sekiranya mahu mengikuti siaran secara langsung
melalui online conference, sila pastikan komputer anda
mempunyai kelengkapan voice teleconference dan sila
minta moderator menjemput anda dalam conference
masing-masing. ID moderator adalah seperti berikut:

1)    ISE_SEKODA
2)    HAFEZIFTIQAR
3)    TECOLPET

(P/S: untuk siaran melalui radio, hanya satu sesi akan
disiarkan dalam satu masa. 2 sesi yang lain akan
ditunda siarannya pada waktu yang bakal ditetapkan
kemudian)

maklumat lanjut boleh hubungi : [EMAIL PROTECTED]
atau layari http://gkln.blogspot.com


                
___________________________________________________________ 
Inbox full of unwanted email? Get leading protection and 1GB storage with All 
New Yahoo! Mail. http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Kirim email ke