Pada tarikh 19/2/2007, saya pulang bercuti, saya tampil untuk sama-sama
menyertai bengkel, sila kemukakan jumlah bayaran penyertaan dan lokasinya.
[EMAIL PROTECTED] wrote: Setelah berbincang dengan beberapa orang
kawan di sini.
Kursus itu akan diadakan dan tarikh 10 Feb itu tidak sesuai kerana ianya
hari persekolahan. Jadi sebagai cadangan baru, saya cadangkan pada hari
kedua tahun baru Cina iaitu pada 19 Februari 2007 .
Setakat ini saya akan cari pembimbing yang bersesuaian , dan beberapa
orang peserta yang sanggup hadir berbengkel.
Bengkel ini akan terus kepada maksudnya untuk menghasilkan rakaman
gambar-gambar yang menarik dan bermakna.
Tarikh 19 Februari itu dikirakan sesuai kerana ia memberi ruang yang agak
selesa untuk mendapatkan peserta yang betul-betul berminat sahaja.
Yuran manima perlu dikenakan untuk kos saguhati pembimbing dan sedikit
makanan dan minuman.
saya berharap cadangan ini mendapat respon terutamanya kepada mereka yang
berada di sekitar sini, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu atau Tanah merah.
Kalau ada 5 orang pertama yang menyatakan kesanggupan untuk menyertai
bengkel ini , besar kemungkinan bengkel ini akan dapat dilaksanakan.
Cuma tak mahunya kalau ada yang sanggup pada mulanya, bila tiba hari
bengkel tidak hadir atau memaklumkan pada saat-sast akhir seperti contoh
bengkel-bengkel yang telah lepas .
Ediramle Ismail
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
[Non-text portions of this message have been removed]