----- Forwarded message from [EMAIL PROTECTED] -----
    Date: Thu, 22 Feb 2007 15:13:49 +0800
    From: [EMAIL PROTECTED]
Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
 Subject: Re: Selamat jumpa kembali
      To: [EMAIL PROTECTED]



Assalamualaikum wbt.,

Salam dan selamat berjumpa kembali buat sdr Edi dan rakan-rakan di PESISIR.
Terima kasih banyak saya ucapkan kerana sudi menghubungi saya melalui e-mel.
Pertemuan semula ini (setelah sekian lama hilang berita dan cerita apabila 
saya 'tinggalkan' pesisir) akan memberi manfaat kepada kita, khususnya dalam
usaha kami untuk mengangkat para penulis di peringkat daerah ke persada 
sastera yang lebih luas dan menyeluruh.

Untuk pengetahuan sdr Edi dan rakan-rakan di PESISIR, kami dari Jabatan 
Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, sedang
menjalankan satu projek penyelidikan tentang 'Kehidupan dan Kegiatan Pengarang 
di Peringkat Daerah'. Projek ini terbahagi kepada beberapa fasa, yang pada 
akhirnya akan merangkumi semua daerah di semua negeri di Malaysia. Kami akan 
bermula dengan negeri Kelantan, Kedah dan Perlis (fasa pertama). Objektif 
projek ini ialah:

1. Untuk mengesan dan mengenalpasti taburan pemetaan (mapping) penulis di
   peringkat daerah. 
2. Membuat dokumentasi biodata penulis dan mendokumentasikan hasil-hasil 
   penulisan mereka.
3. Menerbitkan siri buku berkenaan biodata penulis dan sumbangan karya mereka
   kepada perkembangan sastera tanahair.

Utk tujuan itu, saya akan bermula dari tempat/daerah kelahiran saya sendiri,
iaitu Tumpat/PESISIR. Kebetulan saya mengenali sebahagian daripada nama-nama 
penulis Tumpat, kerana sebahagian daripada mereka adalah teman-teman saya, 
termasuk sdr. Utk tujuan itu, saya amat mengharapkan kesudian dan kerjasama 
sdr Edi dan rakan-rakan ahli PESISIR (dan penulis bukan ahli - yg karyanya 
pernah diterbitkan, walaupun satu judul!) untuk menjayakan projek ini. Apa 
yang perlu dilakukan oleh setiap penulis hanyalah mengisi satu borang maklumat 
mengenai Biodata Penulis yang akan saya edarkan nanti. Borang tersebut meminta 
setiap penulis memberikan maklumat tentang biodata, pendidikan, pekerjaan, 
karya-karya yang telah diterbitkan (tajuk, penenrbit dan tarikh) dan menamakan 
sebuah karya yang dirasakan terbaik bagi penulis tersebut untuk diulas, serta 
sekeping foto (kalau boleh diaturkan pertemuan, foto akan kami rakamkan semasa 
sesi tersebut). Semua maklumat tersebut akan kami bukukan nanti untuk menjadi 
rujuan dan panduan kepada khalayak dunia sastera. Jadi projek ini juga akan 
memberi manfaat kepada penulis untuk melebarkan sayap dan nama mereka ke 
seluruh ruang cakrawala sastera tanahair.

Saya harap sdr dapat membantu saya untuk memaklumkan hal ini kepada rakan-
rakan penulis semua. Pada pertengahan bulan March nanti, InsyaAllah saya akan 
balik sendiri untuk menemui  mana-mana penulis yang berkelapangan. Mana-mana 
yang tidak dapat ditemui, saya akan edarkan borang untuk diisi. 
Saya juga amat berterima kasih sekiranya sdr Edi dapat memberikan senarai nama 
dan nombor telefon atau e-mel mereka untuk saya hubungi. Kalau ada di kalangan 
rakan-rakan penulis yang mendapat mesej ini, harap dapat hubungi saya di 
alamat e-mel saya, atau telefon saya: 013-3645512.  

Segala kerjasama dari sdr Edi dan rakan-rakan semua saya dahulukan dengan 
rakaman ucapan terima kasih..

Salam hormat buat semua.

Dr. Norhayati Ab.Rahman
Jabatan Kesusasteraan Melayu
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur.



 



Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>:

> 
> Selamat berjumpa kembali.
> 
> Saya telah dimaklumkan oleh ROZA M tentang perkara yang dimaksudkan, cuma
> kalau boleh keterangan yang lebih lanjut diperlukan untuk saya maklumkan
> kepada rakan-rakan penulis pesisir yang lain.
> 
> 
> E-mel saya , boleh guna yang mana-mana satu
> 
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> [EMAIL PROTECTED]
> 
> bagaimanapun pn. boleh kirimkan e-mel kepada [email protected] di
> sini agak ramai waqrga pesisir yang dapat baca e-mel yang dikirimkan.
> Pelbagai perkembangan tentang pesisir boleh diikuti melalui
> [email protected]
> 
> 
> kita juga ada laman web sendiri iaitu www.pesisir.net  bolehlah ikuti
> perkembangan dari asa ke semasa.
> 
> 
> Semoga talian silatulrahim pesisir sentiasa erat.
> 
> 
> 
> 
> Ediramle Ismail
> 
> [EMAIL PROTECTED]
> 
> Tel: 0129032948
> 

----- End forwarded message -----

Kirim email ke