Dimaklumkan perjumpaan penulis Pesisir akan diadakan pada 13 Mac 2007 Bertempat di Rumah Saya (Ediramle ) di Kg. Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.Pada pukul 4.30 petang.
Kepada penulis-penulis yang berkelapangan dijemput hadir. Agenda Pertemuan biasa dan mengisi borang biodata penulis karya Dapatkan borang biodata melalui www.pesisir.net Kepada penulis yang belum hantar, kerjasama tuan/puan adalah diharapkan dan diucapkan berbanyak terima kasih. Ediramle Ismail s.k Dr. Norhayati > > Assalamualaikum. > Sdr Edi, > > Tentang tarikh pertemuan pada 13 Mac di rumah sdr Edi sendiri, > saya sendiri tak ada masalah..Kalau ada rakan-rakan penulis lain > yang dapat hadir, bagus sangatlah..boleh juga berkenalan dan > bercerita. Tetapi bagi mereka yang tak dapat jumpa,tak mengapa. > Apa yang penting, mereka perlu mengisi borang biodata. Ini > penting untuk memastikan nanti tidak ada nama penulis yang tercicir > daripada ensiklopaedia penulis daerah Tumpat. > Kita nak tunjukkan bahawa Tumpat daerah yang telah melahirkan > ramai penulis berbakat besar, yang selama ini telah memberikan > sumbangan kepada khazanah kesusasteraan tanahair.. > > Sekian, jumpa lagi. > Salam hormat. > > Norhayati Ab.Rahman. > Universiti Malaya. .com > Ediramle Ismail [EMAIL PROTECTED]
