Assalamualaikum,
Ade Edi yang dihormati.

Maaf kerana baru berkesempatan membalas e-mel. Baru 
hari ni saya masuk pejabat selepas seminggu berada di 
Kelantan. Walaupun sempat membuka e-mel semasa di sana,
tetapi tak sempat nak respons, dek kekangan waktu.

Apapun, saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana telah
mengatur pertemuan saya dengan rakan-rakan penulis di
rumah sdr. Peluang itu amat saya hargai. Terima kasih
banyak kepada rakan-rakan sdr yang hadir. Walaupun
hanya dapat bersembang santai (tak rasmi, tetapi amat
besar maknanya kepada saya. Semoga pertemuan pertama
tersebut akan merintis ke arah pertemuan-pertemuan 
seterusnya sama ada secara tidak rasmi atau rasmi, 
InsyaAllah.

Tentang bilangan penulis yang sudah menghantar borang
biodata saya belum dapat pastikan lagi. Tapi setakat
yang sdr kirimkan, semuanya diterima dan sudah dicetak.
Terima kasih banyak. 
Selepas selesai membuat semakan nanti, saya akan maklumkan
kepada sdr tentang siapa-siapa yang belum respons..

Sehingga itu, terima kasih daun keladi..

Salam hormat.



Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>:

> Pn.Dr. Norhayati,
> Hingga sekarang dah berapa orang yang hantar borang butiran peribadi
> seperti yang dimaklumkan hari tu?
> 
> Mungkin ada yang tertinggal. sekiranya kita tahu berapa orang yang dah
> hantar kita boleh kenalpasti siapa lagi yang belum hantar.
> 
> 
> 
> 
> Ediramle Ismail
> 

Kirim email ke