Catatan hilang boring...
Assalamualaikum rakan-rakan...
Hari Rabu 21hb Mac 2007 untuk pertama kali dalam sejarah aku bekerja di Sinar
Harian sejak 1hb Disember 2006, aku telah merancang untuk ambil off satu hari
(bukan cuti). Maka majikan pun tanpa banyak bicara terus lulus. kata mereka,
aku nak ambik cuti seminggu pun boleh memandangkan aku ni pekerja giler yang
tak pernah ambil cuti rehat. Seronoklah hati sebab majikan dah bagi kebenaran
off dan mulalah buat perkiraan nak balik rumah nak tidur, tidur dan tidur.
Cinta aku pada tidur makin membuak-buak, bagaikan pasangan dilamun cinta atau
mabuk asmara.
Tetapi malangnya, dalam asyik berangan-angan tu, tetiba dua anak buah buat
panggilan nak bercakap dengan aku. aku ingat mereka nak maklumkan masalah
penghantaran bahan berita di jajahan masing-masing. Rupa-rupanya mereka mohon
cuti lima hari seorang bermula esok sampai 24hb Mac. Aku tak boleh nak kata
apa-apa lagi dah. lidah ku kelu sekelu-kelunya. hati ku tersentak sesentak
sentaknya. Segala impian, hasrat dan angan-anganan ku nak tidur berkecai.
hancur lebur bagaikan gunung berapi pinatubu.
Kepada dua anak buah ku, kamu rehatlah secukup-cukupnya walaupun tiap-tiap
minggu kau orang dapat dua hari off. Ku tau kau 'penat' bekerja dalam mencari
dan menghasilkan dua hingga tiga berita sehari. aku tak apa..aku hanya berada
di ofis saja. Masuk kerja pula hanya jam 9 pagi hingga jam 3 pagi jah. Tugasan
pula 'ringan' yaitu hanya check dan baiki 100 buah berita saja.
Apapun, kamu rehatlah. Biar aku ganti tempat kau orang.
catatan dua:
Hari ni, sambil-sambil tunggu bahan berita, aku curi sedikit masa untuk
siapkan buku politik yang diminta oleh Menteri KEKWA, Datuk Seri Utama Rais
Yatim melalui Setiausaha Akhbarnya, Jamudin Idris untuk saya hasilkan. Saya
terima baik pelawaan itu dan menulis satu page demi satu page hingga dah
mencecah 200 muka surat. Kalau siap buku ni, bermakna dalam diam-diam saya
telah menghasilkan tiga buku politik sejak 1999 hingga kini.
Buku politik saya yang kedua siap dan dipasarkan di kedai buku pada Mei 2004.
Sekarang ini adalah buku politik yang ketiga, insya-Allah akan siap sebelum
akhir bulan ini.
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Rakan-rakan tanya, apakah bentuk buah tangan yang ingin dihadiahkan
itu?
Nampaknya, hasil penulisan berita rakan-rakan dan bertambah maju sekarang ni.
Pesan saudara masih diingati, buat kerja kena gila-gila baru berhasil.
Ediramle
Kepada rakan-rakan wartawan sambilan Sinar Harian yang ada di egroup
pesisir.
Boleh kita pergi ke PC untuk dapatkan benda tu. Kalau boleh pergi sekali
lagi baik.
Edi
Assalamualaikum.
>
> Li, tolong maklumkan pada kawan-kawan Wartawan Sinar Harian, ada sedikit
> buah tangan dari Karangkraf. Benda tu ada dengan saya sekarang dan boleh
> jumpa bila-bila masa. Sekian terima kasih.
---------------------------------
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. Check it out.