Tahniah diucapkana kepada sdr Nimoiz T.Y kerana dalam usia muda telah
dapat hasilkan buku yang begitu sesuai dengan keadaan semasa sekarang.

Saya berminat untuk membeli buku tersebut dan akan usahakan untuk membelinya.

yang tentunya akan dapat memotivasikan diri untuk terus menulis dan menulis.

Semoga sdr Nimoiz terus berjaya dalam bidang penulisan karya sastera dan
penulisan bukan berbentuk karya sastera.

Ediramle

> *Adakah anda ingin Menjadi Penulis Jutawan?*
>
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
>
>
>
> *Sebuah buku hebat kini berada di pasaran!*
>
>
>
> Judul: *menjadi PENULIS JUTAWAN*
>
> Penulis:* Nimoiz T.Y*
>
> Penerbit:* True Wealth Sdn. Bhd. (2007)*
>
> Harga:* RM29.90 / $ 7.97 USD*
>
> Tebal:* 241 Muka Surat*
>
> * *
>
> * *
>
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
>
> *Tentang buku "menjadi PENULIS JUTAWAN"*
>
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
>
>
>
> Sebuah buku yang memperkatakan tentang langkah-langkah yang perlu diambil
> untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Ia memberikan panduan yang
> lengkap dan terperinci mengenai bagaimana untuk menjadi penulis jutawan.
> Anda mampu menjana pendapatan yang lumayan hasil daripada menulis. Semua
> orang mampu melakukannya.
>
>
>
> * *
>
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
>
> *Pengalaman Nimoiz T.Y*
>
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
>
>
>
> Dalam usia 23 tahun, (dengan 5 tahun penglibatan dalam penulisan), saya
> telah berjaya memiliki motosikal, berkongsi membeli van, membayar tanah
> lot
> tapak rumah, membeli komputer riba, membeli komputer, membeli telefon
> bimbit, berkongsi membaiki rumah di kampung, membayar pinjaman PTPTN
> SEKALIGUS dan lain-lain. Saya sedang berkira-kira untuk membeli kereta
> pula.
> Dan kalau ada rezeki , saya mahu membeli rumah. Semuanya hasil daripada
> honorarium dan rezeki menulis serta tambahan duit gaji. Sungguh lumayan!
> Saya menulis tanpa meninggalkan kerjaya asal saya sebagai tenaga pengajar
> di
> Politeknik Mukah Sarawak.
>
> * *
>
> * *
>
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
>
> *Siapa Penerbit Buku Ini?*
>
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
>
>
>
> *True Wealth Sdn. Bhd*. Penerbit yang telah menerbitkan kesemua buku Azizi
> Ali seperti *Jutawan Dari Planet Jupiter*, *Lahirnya Seorang Jutawan*,
> *Juara
> Lelongan Hartanah* dan salah sebuah buku terlaris, *Rahsia Jutawan-Jutawan
> Internet Terbongkar* oleh Irfan Khairi. True Wealth juga telah menerbitkan
> buku-buku Eugene Yeng, Brian Sher, Ernie J.Zelinski, John Ruck, Mal Emery,
> Jamilah Samian, Rozieta Shaari, John Lee, Jason Kelly, Peter Span dan Dr.
> Cristopher Lim.
>
>
>
>
>
>
>
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
>
> *Apa Kata Mereka?*

> *Apa kata Penulis Kewangan #1 Malaysia?*
>
> "Menjadi seorang penulis memang satu karier yang indah – kita dibayar
> untuk
> melakukan apa yang kita suka iaitu menulis. Buku ini menceritakan
> langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi penulis yang berjaya, dan
> mengaut hasil yang lumayan. Mesti baca"
>
> *~ Azizi Ali*
>
> *Apa kata Pengarang Sastera Berita Harian / Berita Minggu?
> *"Petua Orang Biasa Berfikiran Luar Biasa menjadikan buku ini wajib baca
> untuk semua calon penulis."*
> ~ Salbiah Ani*
>
> *Apa kata Profesor dari Universiti Malaya?*
>
> "Kanak-kanak kita sejak kecil dididik dengan semangat menghormati buku dan
> orang yang menulisnya. Akibatnya kerja menulis buku dianggap sebagai
> sesuatu
> yang suci dan seakan-akan tidak dapat dijangkau orang biasa. Cukuplah!
> Segala itu tahyul. Buku boleh ditulis oleh siapa sahaja asalkan ada
> kemahuan!  Hal itu dibuktikan oleh Nimoiz T.Y secara meyakinkan: setiap
> boleh menjadi penulis jutawan!"
>
> * ~ Dr. Victor A. Pogadaev*
>
> * *
>
> *Apa kata pengasas esastera.com?*
>
> "Buku yang memperkatakan semua perkara yang perlu diketahui oleh penulis
> muda.  Ditulis oleh penulis muda yang tahu tentang semuanya."
>
> *~ Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas *
>
> * *
>
> *Apa kata mantan Peserta Minggu Penulis Remaja (MPR)*
>
> "Menjadi Penulis Jutawan adalah sebuah buku yang terbaik untuk calon
> penulis
> dan penulis muda. Panduan dan tip yang terkandung di dalamnya memenuhi
> disiplin penulisan. Buku ini sesuai dijadikan sahabat karib penulis dan
> calon penulis."
>
> *~ Azizul Ikhwan Bin Mohd
>
> *
>
> *Apa kata Pemenang utama, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 (puisi)*
>
> "Mesra khalayak, mesra pembaca, mesra remaja, serasi dengan ketrampilan
> beliau (Nimoiz T.Y) sebagai penulis remaja yang sedang mencipta nama dalam
> arena kesusasteraan. Semestinya naskhah ini bukan tulisan yang dikerah
> semata-mata, tetapi lahir dari bancuhan pengalaman, pengamatan, dan wibawa
> beliau yang pernah tiga kali dinobatkan Anugerah Penyair Alam Siber!"
>
> *~ Fahd Razy*
>
> * *
>
> *Apa kata Penulis Skrip Drama Cinta Madinah 2, TV1?
> *"Nimoiz T.Y, seorang penulis remaja yang visualistik mengangkat penulisan
> sebagai mata pencarian berdasarkan pengalaman dan kegigihan beliau
> terhadap
> bidang ini. Motivasi anak muda ini wajar ditelaah seluruh rakyat Malaysia
> yang mahu menjadi 'jutawan ilmu.' Buku ini adalah resipinya!" Ummu Hani
> Abu
> Hassan**
>
> *~ **Ummu Hani Abu Hassan*
>
>
>
> *Apa kata salah seorang pembaca karya Nimoiz T.Y?*
>
> "Wow...buku hebat yang mesti anda miliki! Saya jamin anda tidak akan
> menyesal jika membelinya."
>
> *~ Hazwani Ubaidillah*
>
> * *
>

Kirim email ke