Selamat pagi pakcu dan semua rakan-rakan pakdo yang dapat baca catatan pakdo ini.
Mungkin sekali ada yang dah kenal pakdo, tapi mungkin setakat kenal saja,tidak tahu siapakah pakdo sebenarnya. Ini masih sukar kerana pakdo sendiri pun masih mencari-cari siapakah pakdo yang sebetulnya. Ini masih seperti sebuah soalan yang belum terjawab, biarpun baru-baru ini pakdo dapat sedikit jawapan , tapi belum semuanya. Catatan pakdo ini sepertilah pakdo seorang penyair, seorang penyair adakalanya menulis sajak seperti ini iaitu tentang kehairanan, tentang pertanyaan, tentang masalah, tentang pencarian dan setengahnya ada juga hanya sekadar menyusun kata-kata yang tidak bermakna. Untuk kali ini pakdo tak nak menulis panjang kerana hanya nak catatkan apa yang difikirkan ketika ini saja. maafkan pakdo kerana menulis kenyataan yang tentu sekali tidak digemari seperti di atas. Hormat selalu daripada Pakdo
