BUAH JAMBU BUTIR BANYAK.
AssalamualaikumÂ…
Lama tak jjumpa dengan adik kakak pakcu. Basa dia dah nak hidup adik
kakak wei. Kalu taklih tahan ikan ddalam kubang, kena gi ke ddalam hutan
cari akar buat sirat bubu. Kalau tak gi ddalam hutan, kena gi kelaut,
cari remis cari ketam. Taklih nak sama dengan sain sobat pakcu hak makan
gaji.
Demo tu, tak kerija pun bulih gaji. Belawak pun orang bayar gaji lagi.
{maaf}. Kadang-kadang ddalam sehari 10 kali gi jamban. Tak tahu buat
begapa ddalam jamban. Bakali ada bantal ada tilam dalam jamban gamaknya.
Kalu tak gi jjamban, tubik makan. 15 kali sehari tubik makan dan minum.
Kalu tak tubik makan, mesyuarat. Seminggu duk mesyuarat sahaja. Bakali
mesyuarat nak buat padang bola atas langit gamaknya. Tapi tak ssemua
lagu tu, ada juga hak jjurus. Malah lebihy jjurus dari pakcu pun
belanak. Dak ggitu keneh?
Hari ni pakcu mari dengan cerita biasa tapi ada iktibarnya. Cerita jni
terjadi ke sain pakcik. Orang ghumah dia mengandung. Nak makan buah
jambu. Masa tu bukannya musim buah jambu. Musim buah piah dengan buah
setar. Jarang-jarang ada jjumpa buah menseta.
Payah nak jjumpa buah jambu batu ni. Puas dah gi cari kkedai. Stat alik
Tumpat sampai ke Gua Musang. Start Kota Bharu sampai ke Gerik. Terlajak
pah ke Kedah Perlis. Sekali sekala jemerang ke Tak Bai, atau ke Kajang
Rantai Panje. Tak jjumpa weh kalu dan takdak rezeki gak.
Tapi nak jadi ke cerita, kelik sembahyang asar, tiba-tiba suami sain pakcu
tu terkelih segugus buah jambu batu di jokel dapur rumah jiran dia. Apa
lagi. Sukalah dia selepas 154 jam dia cari tak bertemu.
Dia pun ghoyat ke orang ghumah dia. Jjumpa dah buah jambu batu. Orang
ghumah dia hak mengindan nak makan buah jambu pun suka hilailah. Orang
ghumah dia kata, taklih makan sebutir boleh makan sebelah pun cukuplah.
Sain Pakcu dengan orang ghumah dia pun gi-lah nak beli buah jambu tu. Dia
ghoyatlah dengan bahasa yang comel dan molek. Keknya gak bahasa tu bukan
untuk tuan jambu batu.
Bahasa lembut dan comel tu untuk orang lain. Tuan jambu tu taksir bui.
Taksah ghoyat mengandunglah dia tak bui. Mengandung sosang pun dia tak
bui lagi. Amboh? Gedebernya dia.
Kecewalah sain Pakcu dengan orang ghumahnya tu. Nak jadi ke cerita sain
pakcu tu gilah ke Kok Seraya. JJumpalah dengan Eh Wat. Eh Wat ni basa
jenis suka menanam. Ddalam banyak-banyak dia tanam itu ada sepohon pohon
jambu batu.
Oiii, buah jambu tu lebat sengoti. Bertongkol macam buah kelapa sawit.
Sain pakcu pun ghoyatlah cerita ke Eh Wat. GGitu gGini, serupa orang gila
mulut. Mintaklah nak beli sebutir.
Adik kakak tahu begapa Eh Wat buat ke sain Pakcu tu. Nya kahek sepuluh
butir buah jambu, nya bui saja. Lepas tu ddalam seloroh Eh Wat kata, kalu
nak makan, marilah ambik, walapun dia gi ke Bangkok.
Pakcu mengeluh dengan feel Eh Wat. Kkadang-kadang Pakcu fikir baik ssaing
dengan bangsa asinglah pada ssaing dengan bangsa sendiri. Minta buah
jambu sebutir pun tak bui, sah ke nak mintak ems sebukit. Lagu mana
dengan fikiran Pakdo, Ayah Haji, dan sain sobat Pakcu hak lain?
+ kedekut sangat, akhirnya pohon jambu joker dapur sain sobat pakcu mampuh
tinggal akar saja.