Ayahngah mari nii.. Syukur Alhamdulillah buat sekian kalinya. Ayahngah disahkan bebas daripada sakit jantung. Kelmarin pegi buat stress-test di USM, boleh berjalan sampai tahap tiga (6 min. 2 saat) Keadaan jantung masih stabil, cuma mencungap saja, lelah, kurang stamina. Maklumlah dah tua.
Ayahngah bercadang nak gii juga mesyuarat pesisir kali ini. Mari kita pakat-pakat meramaikan majlis itu. Inilah masanya orang penulis hendak berjumpa mata. Pakda nak bawa gapa. Moktan ayahngah tak masak lagi tuu. Semeta pun baru berputik. Ayahngah bawa jambu hijau sudah laa deh ... > Pakdo bercadang untuk turut hadir ke majlis Mesyuarat Agung Persatuan > Penulis Tumpat (PESISIR) pada 12 Mei , hari sabtu akan datang ni. > > Mengikut apa yang pakdo baca di Sinar Harian hari ni Muka K17 berita > Daerah Tumpat , mesyuarat akan diadakan pada 12 Mei, bertempat di Dewan > Darul Hanan, Pondok Selehor bermula pukul 8.30 pagi. > > Khabarnya pada hari yang sama akan diadakan Bengkel Penulisan Puisi > (setengah saing pakdo panggil sajak) . > > Saing-saing pakdo jangan rungsing, jangan bimbang bila sebut sajak atau > puisi. jangan dok berfikir orang tulis sajak ni orang yang kuat > angan-angan atau orang yang berkhayal. > > Sajak bagi pakdo ianya tak pernah lekang oleh panas, tak pernah luntur > oleh hujan. Ia akan terus wajud dari masa ke semasa seperti wujudnya cinta > dalam hati seseorang. > > Pakdo tak sir bercakap pasal cinta , takut saing-saing pakdo salah faham > maksud pakdo. Walaupun usia pakdo dah agak tua, tapi perasaan pakdo > seperti saing-saing pakdo jugak, sentiasa muda. Pakdo bergurau saja nih. > > Pakdo hajat nak gi jumpa saing-saing pakdo. Semoga Ayah ngah , tokki, pak > lebai , Tok Ayah , Ayah Su , pakcu pun gi jugak. > > Pakdo nak kenal saing-saing pakdo dari dekat lagi. > Untuk Pak lebai, jangan lupa bawa kangkung ke tempat mesyuarat, supaya > pakdo mudah cam, yang bawa kangkung tu ialah pak lebai. Yang bawa telur tu > pakcu. > > > > > Hormat selalu daripada Pakdo >
