Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Kepada rakan-rakan penulis yang dihormati,
Saya ingin memaklumkan bahawa borang baru yang 'diedarkan' oleh En. Ediramle (terima kasih En.Edi!) adalah hampir sama dengan borang yang telah diedarkan beliau sebelumnya. Cuma sedikit yang berbeza, iaitu borang baru memasukkan lambang DBP kerana projek ini telah mendapat kerjasama daripada DBP Wilayah Timur. Seperkara lagi, borang baru meminta penulis menamakan satu karya mereka yang paling 'bermakna' bagi penulis sendiri dan sedikit ulasan kenapa karya tersebut paling digemari. Itu saja. Bagi penulis yang telah mengisi borang sebelumnya, tidak perlu lagi mengisi borang baru ini (tapi kalau nak tambah tentang karya yang paling bermakna tu boleh juga...) Kepada rakan-rakan penulis yang telah mengisi borang dan mengembalikannya kepada saya, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian dan kerjasama anda. Terima kasih daun keladi.. Salam hormat dari saya.. NORHAYATI AB.RAHMAN Universiti Malaya > > kepada penulis-penulis terutamanya di Tumpat dan Kelantan mohon dapatkan > borang baru biodata peribadi penulis untuk diisi dan dikembalikan semula > sebagaimana yang tertulis di laman web www.pesisir.net > > > borang boleh di muat turun melalui pautan > http://www.pesisir.net/borangbiodata.doc > > > Kerjasama tuan/puan bagi menjayakan program ini didahulukan dengan ucapan > berbanyak terima kasih. > > > > > Ediramle Ismail, > Setiausaha 1, > PESISIR. > > > [EMAIL PROTECTED] >
