Pagi tadi, setelah selesai solat Subuh, saya sambung tidur kembali. Tetapi 
dalam jam 7.50 pagi saya menerima mesej daripada saudara Ediramle. Dalam 
keadaan mamai, saya baca mesej tu....MasyaAllah!!!!...macam tak percaya. Kawan 
yang akan saya jumpa pada jam 10 pagi ini telah pergi meninggalkan saya dan 
raka-rakan. 
  Innalillah.....Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman. 
Amin.
   
  Arwah memang seorang wartawan yang baik. Dia banyak menyumbang berita 
mengenai sekolah dan berita-berita berkaitan kemasyarakatan dan kemalangan. 
   
  Minggu lepas saya ada cadangkan untuk memberi tanggungjawab penuh menjaga 
daerah Gua Musang dalam tempoh 15 hari sebagai ganti skuad GM yang akan bercuti 
kahwin. Dan hari ini adalah hari yang saya tetapkan untuk perjumpaan dengan 
semua wartawan sambilan termasuk arwah. 
   
  Saya amat memerlukan kehadiran arwah hari ini kerana mahu memberi amanat 
kepadanya bagi menyelamatkan muka surat GM daripada kosong. Bagaimanapun, arwah 
telah pergi meninggalkan kita semua. Allah lebih menyayangi arwah. AL-FATIHAH.
   
  Kepada keluarga Allahyarham. Banyak-banyak bersabar hadapi dugaan. Kepada 
anak-anaknya, belajarlah rajin-rajin. Jaga ibu kamu baik-baik sebagaimana 
mereka menjaga kamu.
   
  AMIN YA RABBAL ALAMIN. 

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          Dengan dukacitanya dimaklumkan pada pagi 14 Julai 2007 Sahabat baik 
saya
yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Pesisir, seorang penulis, seorang
novelis, seorang guru , seorang ahli egroup , seorang pemberita sambilan
Sinar Harian, seorang aktivis masyarakat setempat di Kg. Kok Pasir ,
Tumpat , Sdr. Mohd Sukari Abd Rahman atau Khaufi Rajaei telah kembali ke
rahmatullah setelah dimasukkan ke Hospital Gua Musang setelah pengsan pada
awal malam tadi.

Dikhabarkan bahawa beliau akan dikebumikan di kampung kelahirannya di
Banggol Setul, Pasir Mas .

AlFatihah.

Ediramle Ismail


         

       
---------------------------------
Shape Yahoo! in your own image.  Join our Network Research Panel today!

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke