Gembira sungguh hati di dalam pakdo bila dengar khabar saing-saing pakdo berjaya dalam apa-apa bidang yang diceburi.
Menulis dan berniaga adalah bagi pakdo , kedua-duanya harus diusahakan , tidak meninggalkan yang satu dan tidak pula perlu memilih antara salah satu. Pilih kedua-duanya baru boleh berjaya. Biar saing-saing pakdo jadi orang yang berjaya dalam penulisan dan berjaya juga dalam hidup. Kalu cita-cita nak jadi kaya pun adalah wajar, kerana kalu saing-saing pakdo jadi usahawan yang berjaya, pakdo sangat suka hati. Bukan pakdo nak mintak duit, tapi sekurangnya pakdo nak mengaku, itu saing pakdo dan jadi orang kaya. Pakdo juga ada cita-cita nak berniaga, sebelum ni pun pakdo berniaga, sudah dua tiga kali perniagaan pakdo tak mampu bertahan. Tapi pakdo rasa itu bukan jawapan penyudah, kena berniaga pula dan sekarang tengah ingat-intai jenis perniagaan apa yang boleh pakdo berniaga. Pakdo gembira sungguh dengan apa yang diceritakan oleh saing pakdo sdr Azlee yang sekarang ni berada di Pekan. Nama Pekan itu pun seperti ada makna yang sinonim dengan berniaga. Semoga saing-saing pakdo semua jadi orang yang berjaya dan semestinya menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. > assalamualaikum, > > akhir-akhir ini isteri saya amariszati noor rahim semakin aktif menulis > dan semakin aktif berniaga. bercita-cita mahu menjadi penulis tersohor > dan menjadi pengusaha kek terkenal di daerah pekan... tetapi hasil > keluarannya mula menebusi Kuantan, Muadzam dan rompin... > > kalau kawan-kawan nak melawat bloknya.. > > http://zatidhati.fotopages.com > > tenguklah kemajuannya setakat ini.. > > salam. > > > > Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Gambar-gambar suasana mesyuarat Agung Pesisir kali ke-19 pada 12 > Mei 2007 > bertempat di Dewan Darul Hanan Pondok Selehor, Kok Pasir, Tupat, Kelantan. > > http://mesyuarat2007.pesisir.net > > Ediramle Ismail > > > > > > --------------------------------- > Get the free Yahoo! toolbar and rest assured with the added security of > spyware protection. > > [Non-text portions of this message have been removed] > > Hormat selalu daripada Pakdo
