Maaf baru baca. Saya kagum dengan kegigihan itu. Di Kelantan ni tak ada manusia 
seperti anda. Novel tulus dah? Untuk ubat tekanan darah tinggi? Tidur biar 
cukup dan berehatlah bang!
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:          18 Ogos 2007 -

Sempat saya berkunjung ke perkampungan hadhari di Wakaf Mek Zainab, Kota
Bharu , Kelantan.

Saya berada di Perkampungan Hadhari selama kurang lebih 3 jam dan sempat
merakam kira-kira seratus gambar sekitar perkempungan tersebut untuk
dikongsikan kepada rakan-rakan yang tidak sempat berkunjung ke sana.

gambar-gambar saya muatkan dan boleh dilihat melalui pautan

http://perkampunganhadhari.kokpasir.com

Selama 3 jam berada di sana rasanya tidak sempat menghabiskan kunjungan ke
semua gerai-gerai yang ada di sana.

Sambutan daripada orang ramai adalah begitu menggalakkan. Banyak perkara
yang boleh dipelajari dan diambil manfaat daripada pameran yang diadakan
terutamanya tentang produk-produk yang dikeluarkan oleh masyarakat dan
jabatan-jabatan di negeri Kelantan ini.

Saya sampai kira-kira pukul 9.30 pagi lagi ketika itu suasana masih belum
meriah. Tapi semakin ke tengah hari semakin ramai yang datang berkunjung.

Saya sempat berkunjung hampir 70% gerai yang ada di situ dan salah satunya
saya berkunjung ke tempat pemeriksaan kesihatan. Sempat membuat
pemeriksaan kesihatan.

Keputusan kurang mengembirakan:

Gula dalam darah 6.3 - Tidak ada tanda-tanda kencing manis.

Tekanan Darah 190/114 - Tekanan darah semakin meningkat daripada
sebelum ini . Jauh lebih tinggi daripada sepatutnya 120/90 .

patutlah dalam sehari dua ni badan terasa kurang sihat berbanding
sebelumnya. tubuh Badan terasa seperti berada di alam khayalan sedikit.

Nampaknya kena dapatkan ubat untuk mengurangkan tekanan darah tinggi baik
ubat moden atau ubat tradisional.

kalau ubat dalam bentuk herba, apakah ubat yang dicadangkan untuk
mengurangkan tekanan darah tinggi.

Sekarang ni kena banyak berihat dan mungkin kena kurangkan berada di
internet daripada berbelas-belas jam sehari kepada empat lima jam sahaja
sehari.

catatan

Ediramle 18 ogos 2007



         

       
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke