Tahniah!
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kampung Kok Pasir di atas
kemenangan dalam pertandingan ADC dan PKK peringkat daerah Tumpat.
Dari kejauhan, saya turut merasa bangga kerana daerah kelahiran
saya diiktiraf sebagai desa yang cemerlang. Ucapan tahniah khusus
ditujukan kepada petugas-petugas ICT khususnya, dan tenaga kerja
lainnya yang memainkan peranan masing-masing sehingga berhasil
meletakkan nama kampung kita sebagai pemenang. Tahniah dan syabas!

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat
berpuasa kepada semua umat Islam, khususnya kepada warga Kampung Kok 
Pasir, dan warga PESISIR!
Selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan al-Mubarak.
Wassalam.

Haryatie Ab.Rahman
UM
 
Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>:

> Selamat berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam di mana saja berada.
> Semoga segala amalan baik dipertingkatkan tahun ini.
> 
> Tahniah diucapkan kepada semua warga kampung kediaman saya Kok Pasir,
> Tumpat kerana muncul sebagai juara (Tempat Pertama) dalam pertandingan
> Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat Daerah Tumpat dan dalam
> pertandingan Keceriaan Kampung (PKK) peringkat daerah Tumpat juga mendapat
> tempat pertama(Juga sebagai Juara). Penilaian ini anjuran KEMAS.
> 
> 7 aspek dengan beberapa pecahan aspek termasuk aspek ICT dinilai dalam ADC
> dan 5 Aspek dinilai untuk Pertandingan Keceriaan Kampung (PKK) bagi
> melayakkan sesebuah kampung memenangi pertandingan ini.
> 
> Memandangkan Aspek ekonomi masih ada masalah, kami cuba tampilkan aspek
> tenaga manusia untuk mengatasi kampung-kampung yang lebih mantap seperti
> Kg. Morak yang lebih banyak produk.
> 
> Dengan munculnya sebagai juara dikedua-dua pertandingan ini diharapkan
> semua warga akan terus berusaha untuk mempertingkatkan usaha ke arah yang
> lebih cemerlang lagi bukan sahaja untuk penilaian peringkat daerah malah
> mampu bersaing di peringkat negeri pula yang akan diadakan pada Oktober
> akan datang.
> 
> Kemenangan ini sebagai hadiah kepada semua penduduk sempena menyambut
> kedatangan Ramadhan. Diharapkan kita cemerlang dalam pelbagai sudut . Biar
> kita ceria jasmani dan ceria rohani.
> 
> 
> http://adctumpat.kokpasir.com/
> 
> http://www.kokpasir.com
> 
> 
> Selamat berpuasa.
> 
> Ediramle Ismail
> PICTKP.
> Pusat ICT Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.
> 

Kirim email ke