Salam buat semua,

Saya minta maaf kerana borang biodata penulis yang saya sisipkan
bersama e-eml saya sebelum ini tidak dapat dikesan. Entah hilang 
ke mana.
Justeru, bersama ini saya kepilkan semula borang tersebut untuk
perhatian dan tindakan segera pihak berkenaan. Diharapkan kali 
ini borang tersebut berhasil dilampirkan.
Terima kasih.
Salam hormat.

Dr.Norhayati Ab.Rahman,
Universiti Malaya.


Quoting [EMAIL PROTECTED]:

> 
> Assalamualaikum wbt.,
> Salam sejahtera,
> 
> Kepada semua penulis sastera Kelantan.
> 
> Saya ingin merujuk kepada notis pemberitahuan sebelum ini, tentang
> projek penghasilan buku ensiklopedia penulis sastera Kelantan, yang
> dilakukan secara kerjasama antara Jabatan Kesusasteraan Melayu,
> Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dengan Dewan Bahasa dan
> Pustaka wilayah Timur.
> Setakat ini pihak kami telah menerima borang biodata penulis sastera
> baik dari ahli persatuan penulis (seperti PESISIR, PPK, PUSPA, ASNURA)
> mahu pun yang bukan ahli mana-mana persatuan penulis. Terima kasih
> diucapkan atas kerjasama daripada semua penulis.
> Bagaimanapun, saya dapati sebilangan penulis masih belum mengisi
> dan mengembalikan borang yang diedarkan dalam bentuk hardcopy, mahupun
> melalui internet. 
> Oleh kerana projek ini sudah di penghujung dan kami akan mengadakan 
> satu bengkel tentangnya dalam masa terdekat ini, saya memohon kepada 
> semua penulis yang belum mengisi dan mengembalikan borang biodata
> agar melakukannya dengan kadar segera. Hal ini perlu untuk memastikan
> buku ensiklopedia yang dihasilkan tersebut dapat didokumentasikan 
> senarai lengkap karya dan penulis negeri Kelantan serta menjadi rujukan
> utama kepada para pengkaji. Untuk itu, bersama ini sekali lagi saya
> lampirkan
> borang biodata penulis sastera. Borang yang telah diisi, boleh dikembali
> kan terus kepada saya, atau kepada pihak DBP (alamat e-mel seperti tertera 
> pada borang.
> 
> Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak 
> terima kasih.
> Selamat menunaikan ibadah berpuasa kepada seluruh umat Islam!
> Salam hormat,
> 
> DR.NORHAYATI AB.RAHMAN
> Ketua,
> Jabatan Kesusasteraan Melayu,
> Akademi Pengajian Melayu,
> Universiti Malaya,
> 50603 Kuala Lumpur.
> Tel: 03-7967 7207/7239
>      013-3645512 
>  
> 
> 
> 
> 
> Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]>:
> 
> > Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mulai puasa hari pertama (13
> > September 2007) ,  Pusat ICT yang telah ditutup sementara mulai 1 Januari
> > 2007 yang lalu akan dibuka semula sebagai melanjutkan hasrat untuk
> > merangsang masyarakat ke arah masyarakat Kok Pasir dan sekitar yang celik
> > komputer dan ICT.
> > 
> > Konsep dan matlamatnya masih seperti sebelum ini, menyediakan kemudahan
> > untuk masyarakat setempat menaip dan print hasil yang ditaip . Turut
> > disediakan akses ke internet secara minima kepada perkara yag penting
> > sahaja kerana sehingga sekarang streamyx belum lagi masuk ke kawasan ini.
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > Ediramle Ismail
> > Pusat ICT Kok Pasir,
> > Tumpat, Kelantan.
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > 
> > Ediramle Ismail
> > 
> 
> 
> [Non-text portions of this message have been removed]
> 
> 


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke