Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli yang baru bersama kami di pesisir
egroup.
Pesisir egroups didirikan pada bulan Ogos 2000 iaitu kira-kira 7 tahun
yang lalu. Manakala Persatuan Penulis Tumpat ditubuhkan pada tahun 1983.
Egroup disertai oleh ahli-ahli pesisir dan ada sebahagiannya peserta dari
luar pesisir.
Ia terbuka kepada perbincangan terutamanya tentang penulisan.
Egroup ini tidak membenarkan pengiriman e-mel iklan terutamanya skim cepat
kaya dan mlm.
Semua ahli yang baru mendaftar melalui online , e-mel mereka dimasukkan ke
egroup bertujuan untuk memudahkan untuk dihubungi.
Urusan perhubungan antara jawatankuasa pesisir dengan ahli dipermudahkan
dengan kebanyakannya menggunakan e-mel egroup dan sms.
Sesuai dengan perubahan masa, saya selaku setiausaha 1 pesisir telah
mengurangkan penggunaan surat biasa, kecuali dalam urusan yang rasmi
sahaja.
AJK PESISIR 2006 - 2008
Ketua 1 - Ismail Mohamed - Aktif
Ketua 2 - Anuar Musa (AZ Adieputera ) - Aktif
Setiausaha 1 - Ediramle Ismail - Aktif
Setiausaha 2 - Daud Muda - Aktif
Bendahari - Hj. Ahmad Mohd Yunos - Aktif
Ajk - Hashim Latiff - Aktif
Ajk - Hashim Abdullah - Aktif
Ajk - Supian Hassan (Supian Hanuman)- Aktif
Ajk - Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah -Wakdin - Aktif
Ajk - Mohd Sukari Abd Rahman (Allahyarham)- Meninggal dunia
Ajk - Wan Othman Wan Husin - Sederhana aktif
Ajk - Rohani Ismail - Tidak aktif
Ajk - Mohamad Shukor bin Mohamed Salleh - sederhana Aktif
Ajk* - Norhaliza Salleh -Wanita - Tidak aktif
Ajk * - Kuzaid Raja Muhamad -Teater - Aktif
Ajk* - Manzaidi Mohd Amin -Penerangan - Aktif
Ajk* - Nawi Daud - Penerangan - Aktif
Ajk* - Omardin Bon -Perhubungan - Aktif
Ajk * - Siti Mariam Salleh -Perhubungan - Aktif
Ajk* - Suriani Ismail -Budaya - Aktif
Ajk* - Ramlee Omar (RAMO) -ICT - Aktif
Pemeriksa Kira-kira
- Ramli Isa (Ramisa)
- Azizah Che Hassan (Kak Zah)
Ajk yang bertanda * adalah ajk yang dilantik dan diiktiraf oleh Pesisir,
juga memainkan peranan yang sama seperti ajk yang dipilih di atas.
Sesiapa daripada kalangan ahli yag ingin berbakti selaku Ajk pesisir
bolehlah hubungi saya melalui e-mel [EMAIL PROTECTED] untuk saya
jemput bila ada mesyuarat AJK.
Tahap keaktifan Ajk di atas adalah pada penilaian saya selaku setiausaha 1.
Laman web pesisir http://www.pesisir.net
Ediramle Ismail