Saya lagi sedih, ketika saat-saat akhir membuat persiapan untuk bertolak ke
rumah Ketua Dua dari pejabat di Pengkalan Chepa, tiba-tiba saya terima dua
panggilan mengenai kes kebakaran di Jalan Panchor dan kemalangan maut di
Machang.
Nak tak nak saya terpaksa utamakan tugas dahulu kerana kebetulan pada Hari
Raya Kedua, saya seorang yang bertugas. Jadi bagi memastikan paper dapat keluar
esok hari, saya terpaksa berkejar ke dua tempat itu.
Sebelum itu saya sempat kirim sms kepada Ketua Dua memaklumkan ketidakhadiran
saya pada perjumpaan itu atas sebab-sebab kes emergency.
Saya minta maaf kepada semua. Saya rasa malu kepada rakan-rakan kerana saya
antara yang beriya-iya menyatakan kesanggupan akan hadir, tetapi saya jugalah
yang tidak hadir.
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Kecintaan sebahagian besar ahli lama pesisir dan jawatan kuasa utama
yang
ada sekarang telah teruji apabila masing-masing menzahirkan rasa cinta
mereka kepada pesisir dan dunia penulisan. Pada perjumpaan Pesisir yang
baru diadakan .
Kini pesisir masih mencari ahli-ahli lama pesisir agar kembali semula ke
pesisir sekurang-kurangnya dalam pertemuan di egroup pesisir.
Mungkin untuk bertemu seperti yang diadakan pada hari kedua agak sukar
kerana kesibukan tugas masing-masing.
Sebelum perjumpaan diadakan saya telah menerima beberapa maklum balas
mereka yang tidak dapat hadir. Sebabnya kebanyakan harus menghadiri majlis
tertentu bersama sanak saudara, Kesesakan lalu lintas .
Jadi mereka sebenar bukan tidak mahu hadir, tapi tidak dapat hadir kerana
hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
Ediramle Ismail
---------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
Play Sims Stories at Yahoo! Games.