bila aziz kembali ke group saya tersenyum kecil kerana keakraban silam
dipertautkan kembali. aduhai hampir puluhan tahun lalu kami berpisah dan
akhirnya kami dipertemukan pada majlis aidilfitri lalu. sungguh seronok sekali
kerana lama tidak bertemu ada cerita yang dinyatakan dan kami saling ketawa
tapi tidaklah kuat sangat. kami sekadar ketawa orang baru bertemu (tapi bukan
ketawa dalam kelambu) apa pun ketawa kami terbatas dan kami tidak mahu ketawa
berlanjutan kerana ketawa berlanjutan sama seperti ketawa yang dikatakan oleh
sdr. Manzaidi, ketawa nostalgia dan illusi penghuni lorong che husin. tapi
dalam banyak-banyak ketawa ketawa daripada ketua dua PESISIR paling mahal
sekali. ketawa bermartabat! ketawa seorang pemimpin!
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com