Kemandulan Minda mungkin juga ada  berhubung kait sedikit sebanyak dengan
pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Bagi pakdo, kalu dikembalikan semula pengajaran Sains dan matamatik dalam
bahasa Melayu , pakdo setuju 1000 Peratus      1,000%.

Kalu teruskan dalam bahasa Ingeriss pakdo sorang la, pakdo tak setuju
sejak hari pertama lagi sampai sekarang.

Bahasa Pakdo semakin semakin kurus  dan kian mengurus mengering dan nasib
bahasa pakdo menjadi semakin lemah dan longlailah .


pakdo



....................................



Berita di bawah pakdo petik

daripada Akhbar Utusan Malaysia 27 November 2007

DBP alami kemandulan minda


KUALA LUMPUR 26 Nov. – Seorang ahli Parlimen menyifatkan Jawatankuasa
Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengalami kemandulan minda apabila
gagal mewujudkan istilah-istilah baru bagi memperkasa bahasa Melayu.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim
Wan Teh (gambar) berkata, berbanding para sarjana terdahulu, jawatankuasa
berkenaan tidak mahu membuat penyelidikan bagi mencari istilah-istilah
baru untuk mengatasi penggunaan bahasa rojak akibat terlampau meminjam
istilah bahasa Inggeris.

Sedangkan, kata beliau yang juga Pengerusi Institut Terjemahan Negara,
para sarjana terdahulu begitu bersungguh-sungguh memperkasa bahasa Melayu
dan sanggup menjelajah sehingga ke Sabah, Sarawak dan Indonesia
semata-mata untuk mencari istilah-istilah baru.

Katanya, ketiadaan istilah baru menyaksikan istilah bahasa Inggeris
seperti bajet, snek dan konsultansi dimelayukan tanpa batasan, sedangkan
kamus Dewan terbitan DBP sendiri ada menyediakan perkataan yang sesuai dan
ia perlu dijadikan rujukan rasmi.

‘‘Saya rasa jawatankuasa istilah ini telah mengalami kemandulan minda,
tidak mahu membuat penyelidikan seperti sarjana-sarjana terdahulu mencari
istilah. Sekarang ini istilah dalam bahasa Melayu tangkap muat sahaja.
Saya berharap ia dihentikan,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan
mengenai penggunaan istilah bahasa Inggeris kepada Setiausaha Parlimen
Kementerian Pelajaran, P. Komala Devi di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Komala berkata, bahasa merupakan sesuatu yang dinamik dan
tidak statik di mana ia akan berubah dan masyarakat pula akan meminjam
istilah tertentu dari bahasa lain.

Dalam konteks ini katanya, kementerian mendapati peminjaman istilah bahasa
Inggeris adalah berkaitan bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).


-- 
Ediramle Ismail


Kirim email ke