Tahniah Sdr. Hadi atas berjayanya pementasan Teater di MPKB (Maktab
Perguruan) Pengkalan Chepa malam tadi.

Saya berhajat nak pergi tengok juga , tapi kerana tak ada kenderaan taklah
dapat ke sana. Rancangan awal nak tumpang Kuzi ( Adik Ku Zaid) tapi ku Zi
ke kuala lumpur pada sebelah pagi.


Bagaimanapun semoga sekali lagi beroleh kemenangan.





-- 
Ediramle Ismail

On Tue, December 11, 2007 3:33 pm, Abdul Hadi Yusoff wrote:
Ya Edie, saya setuju itu. Kita tempuhi jua walau apa cara. Bahasa Melayu
wujud lebih dahulu daripada Bahasa Malaysia. Kita kena hormati bahasa ilmu
Bahasa Melayu.

  Zam Zam Al-La Kazam

Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          Semasa melakukan ronda-ronda di internet , diketemui banyak
sekali blog
yang telah dihasilkan dalam bahasa melayu dan Indonesia . Syukur dengan
ini bahasa kita telah semakin luas tersebar ke segenab pelosok dunia.

Dalam banyak-banyak blog tersebut ada yang punyai isi yang begitu berguna
dan bermanfaat untuk dibaca dan dibuat panduan dan dibuat rujukan.

Ada juga blog yang dihiasi cantik-cantik tapi tak banyak maklumat.
manakala yang terbanyaknya adalah blog yang didirikan kemudian
ditinggalkan menderita kesepian. Tak ada atau tak banyak tulisan yang
ditempatkan .

Bagaimanapun kemunculan blog-blog dalam kalangan penulis ianya menjadi
sangat bererti kerana kini penulis boleh berkongsi terus pengalaman dengan
pembaca dan pembaca dapat mengenali penulis dengan labih mudah.

Selamat berblog. Semoga apa benih yang kita semai akan tumbuh subur dan
berbuah lebat.

--
Ediramle Ismail






---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo!
Search.


Kirim email ke