assalamualaikum.
Bandar Di Raja Pekan antara lokasi banjir yang paling teruk sebagaimana di
war-warkan dalam semua media arus perdana. Alhamdulillah, akhirnya dugaan Allah
itu berakhir juga untuk sementara waktu sebelum dugaan lain dikembalikan lagi.
Agak perik juga masyarakat di Pekan sewaktu ketiadaan petrol, putus
perhubungan dan putus bekalan. Kalau ada pun sedikit bekalan di kedai-kedai
tetapi harganya melambung. Telur satu sarang mencecah RM15. itu pun amat susah
untuk mendapatkannya. kalau ada bekalan sampai, semua dicatu. nak gula hanya
dapat sekilo. semua di catu.. Alhandulillah, pada Aidiladha semua jenis
barangan telah tiba di Pekan.
Sewaktu kami di Pekan menerima musibah, ramai juga teman-teman bertanya
khabar, berkogsi resah dan cemas. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
teman-teman yang selalu cakna kepada kawan-kawan yang sedang menghadapi dugaan
Allah. Di sini kita makin kenal antara kawan yang sama ketawa dan kawan sama
berduka....
azli
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Sempat merakam beberapa gambar suasana banjir di beberapa tempat di
Daerah Tumpat pada hari ini 18 Disember 2007.
http://banjirdis.kokpasir.com
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.