assalamualaikum,
   
  kami selain menulis cuba ceburi bidang seni lain. seni makanan..
   
  Zatidhati - Fotopages.com
   
  kalau ada masa luang lawatilah...
   
  azli

Pakdo <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
            Kelmarin dan kelmarin dulu pakdo sempat pergi ke Kota Bharu dan 
Tumpat  ( Pakdo ni orang Tumpat) apa yang pakdo lihat banyak perkara dan apa 
yang pakdo fikirkan dan rasakan banyak perkara. Adakalanya pakdo seakan nak 
tersenyum sendirian. 
   
  Beginilah kehidupan, beginilah hidup. Pakdo suka akan kehidupan kerana 
dengannya pakdo dapat merasakan semua itu. Pakdo tersenyum sendirian, itu bukan 
pakdo seperti setengah orang yang hilang kenikmatan .
   
  Pelbagai sungguh , pakdo lihat, ada insan yang baru kahwin, ada yang baru 
bercinta, ada yang baru nak masuk sekolah, ada yang dah habis sekolah (habis 
sekolah pun bukan bermakna habis masa menuntut ilmu, ilmu di sekolah hanya 
peringkat asas saja, tak cukup dijadikan sumber amalan hidup sepenuhnya) ada 
yang baru mendapat kerja, ada yang menunggu saat untuk bersara, ada yang 
terbaring sakit , ada yang ketawa terbahak-bahak dan ada yang menemui ajalnya 
hari ini ada esok lusa. 
   
  Ramai sungguh ibu bapa yang mendapatkan peralatan untuk persekolahan 
anak-anak mereka. Dan sudah tentu hampir semua ibu bapa inginkan anak mereka 
berjaya.
  Sebut soal berjaya ni orang sekarang berfikir berjaya dalam peperiksaan. itu 
hanya satu cabang kejayaan, banyak kejayaan lagi selain itu. Dan kejayaan yang 
paling besar adalah kejayaan di hari akhirat. pun begitu berjaya dalam 
peperiksaan adalah sebagai salah satu tiket untuk berjayaan dalam kerjaya. 
Berjaya dalam kerjaya, belum tentu berjaya dalam hidup. 
   
  Saing-saing pakdo beli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak . Lebih 
daripada itu ada juga yang beli motorsikal baru untuk anak-anak pergi belajar. 
Sedangkan si ayah hanya pakai kenderaan buruk. 
   
   
  

-- 
Hrmat selalu daripada Pakdo 
  

                         

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke