Supian Hanuman adalah seorang seniman yang hebat. Saya kenal dan berkawan
dengan hanuman pada awal tahun 1990-an. Ketika itu beliau menyertai
pesisir dan sama-sama membangunkan pesisir sebagai AJK.
Sebelumnya beliau adalah salah seorang aktivis belia yang tidak asing lagi
di Tumpat, Kemudian membabitkan diri dalam kesenian dan telah menulis
beratus lirik lagu dikir barat yang dinyanyikan oleh puluhan penyanyi
dikir barat yang dikenali di Kelantan, puisi, lagu dikir dan paling
menonjol ialah beliau adalah salah seorang tukang karut dikir barat yang
terkenal di dunia.
Supian bukan sahaja sebagai pengiat beberapa persatuan seperti sebagai
Setiausaha persatuan Pendikir. Ini adalah satu-satunya persatuan Dikir
barat yang memperjuangkan kesenian ini. Selain itu banyak sekali menyertai
pertubuhan sukarela termasuk persatuan bina badan .
Sesuai dengan kerjanya yang berhubung dengan belia, beliau tentu sekali
memahami selok belok hidup masyarakat terutamanya golongan belia kerana
membabitkan diri secara langsung dalam pengurusan belia. Hanuman adalah
seorang yang gagah dalam kerja-kerja kesukarelaan dan gagah dalam
memperjuangkan seni dan pernah dianugerahkan sebagai seorang tokoh dalam
budaya di Kelantan beberapa tahun yang lepas.
Sampai sekarang Beliau salah seorang AJK Pesisir walaupun sudah berpindah
tempat kerja ke Muar.
--
Ediramle Ismail
On Fri, December 28, 2007 1:48 pm, Siti Aminah Mat wrote:
hai,
anda supian? berkerja di mana ya? bidang apa ya?
join pesisir utk sastera, kan? you ada mnulis utk apa - apa media ke?
jom sms ; 017- 3265634.
idea anda amat saya perlukan utk mngembangkan sayap -bertualang di
langit sastera..indah.
Supian Hassan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
----------------------------------------------------------