assalamualaikum,
selamat tahun baru 2008 kepada semua yang kenal dan yang tidak kenal.
... buat apa saja asal tidak menyalahi undang-undang, adat, agama. juga tidak
kita bergembira di atas kesedihan orang lain....
....
Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Disebabkan beberapa perkembangan yang berlaku sejak akhiran kini, terasa
seperti setting matlamat dalam ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) saya
seakan lari sedikit matlamatnya dan ini menyebabkan agak sukar untuk
meneruskan perjuangan ICT yang dirangka sebelum ini. Jadi kali ni sempena
menyambut tahun baru 2008 , saya nak tanya soalan yang agak sukar sikit untuk
dijawab rakan-rakan semua iaitu bertujuan untuk setting semula matlamat dalam
bidang ICT yang tentunya berbeza antara seorang dengan seorang rakan ICT yang
lain. Soalannya. Apakah antara matlamat sebenar bidang ICT yang kita
diceburi kini? Saya jadi terkeliru sikit, tentang matlamat ni. Apakah saya
perlu jadi sukarelawan ICT , jadi pejuang, jadi usahawan ICT , jadi pemerhati,
jadi pengeluar, atau ict hanya sebagai hobi semata-masa untuk mengisi masa
lapang. Saya hanya harus memilih hanya satu sahaja atau selebihnya dua sahaja
supaya dapat menumpukan sepenuhnya untuk matlamat tersebut.
Dimaklumkan pertanyaan ini adalah serius, bukan sekadar mainan. Sekian dan
berbanyak terima kasih atau bantuan idea yang diberikan. Saya perlukan
sebanyak mungkin respon terhadap pertanyaan ini . Jawapan dalam dua tiga ayat
pun memadai. Sumbangan idea itu sangat penting untuk saya saring dan pilih
mana-mana yang terbaik untuk dijadikan matlamat saya dalam ICT. Untuk
makluman , saya adalah moderator kepada kumpulan egroups ini dan hampir empat
ratus egroups lain. Ediramle Ismail
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.