saya memang tak dapat teka siapa pakdo. tapi tulisan/amanat pakda tak pernah
ketinggalan untuk direnungi. selama ini tak pernah tak setuju. semua yang pakda
tulis memang betul. maklumlah buah fikiran orang warga emas.
memang perlu kita angan-angan. angan-angan untuk jadi kaya pun bagus. tapi
setakat angan-angan tak jadi apa-apa. kena usaha. orang Islam perlu kaya juga,
kalau tidak tak merasa nak menunaikan rukun Islam yang kelima.
dalam bagus tu, ada yang tak bagus.. pakda boleh ulas lagi..
Pakdo <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Selepas beberapa hari pakdo tak berjumpa saing-saing pakdo yang
sentiasa dalam ingatan pakdo.
Pakdo mari juga sebagai menandakan bahawa pakdo masih sihat dan selamat
sejahtera.
Sedar tak sedar, pakdo dan saing-saing pakdo kini dah berada di tahun baru
2008, bermakna usia pakdo sekarang ni dah masuk ke paras yang lebih meruncing
dan tak berapa jauh lagi dari penghujungnya.
Namun begitu usia akan tetap berlalu dan selagi hayat dikandung badan, pakdo
dan saing-saing pakdo yang berusia muda atau seangkatan pakdo sering saja
melupakan tentang meningkatnya usia dan sering merasakan sentiasa muda dan
merasa seakan dapat hidup seratus dua tahun lagi.
Tak kata kepada orang lain, pakdo sendiri pun yang berusia emas ni, sering
saja mengangankan sesuatu yang adakalanya tidak sepatutnya pakdo angankan,
tidak sepatutnya pakdo igaukan.
Sebagai contohnya ada dan tentunya ada dari kalangan saing-saing pakdo yang
telah berusia lebih 60-an masih lagi mengangankan wanita yang muda-muda dan
cantik sebagai teman hidupnya. Mungkin angan-angan seperti itu menunjukkan yang
saing pakdo itu sihat rohani dan jasmani.
Banyak lagi contoh-contoh yang mengambarkan angan-angan yang tidak
berkesudahan, yang miskin mahu jadi kaya, yang kaya mahu jadi lebih kaya, yang
lebih kaya ingin menjadi jutawan dan yang jutawan mahu menjadi lebih jutawan
lagi.
Mungkin juga azam tahun baru adalah antaranya juga seperti angan-angan , tapi
sebahagiannya sebagai perangsang untuk merangsang agar pakdo dan saing-saing
pakdo berkerja lebih kuat lagi.
Tapi antara mengejar impian , mengejar keazaman yang belum kesampaian , ianya
perlu diiringi dengan ingatan kepada umur dan usia yang kita tidak tahu
bila-bila masa saja kita boleh meninggalkan angan-angan yang tidak
berkesudahan.
--
H0rmat selalu daripada Pakdo
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.