Walaupun saya sudah hampir lebih kurang 22 tahun bermastautin di negeri Selangor ini,saya tetap mengingati negeriku Kelantan Darul Naim.Apatah lagi ingat selalu kepada semua kawan-kawan di Pesisir yang sama-sama memperjuangkanKesusasteraan Melayu ini. Dengan adanya alam siber ini, amat memudahkan sayauntuk menghubungi semua kawan-kawan di sana. Melalui pautan di laman net Pesisir itu.
Walaupun ada tikanya kesukaran berintraksi dengan semua teman-teman disebabkan
kesibukan dengan bebanan tugas harian ini. Sekali-sekala mem-
buka e-mail kawan-kawan, e-blog perseorangan kawan-kawan,e-blog yang lain
terasa terhibur juga dengan kerenah berjenaka, resepi masakan, iklan jualan,
chating rakan-rakan dan sebagainya. Ini telah menunjukkan persatuan kita
( Pesisir ) telah melangkah maju ke depan seiring dengan media elektronik
yang lain secara tidak langsung.
Kerenah sobatku Pak Do, Ediramle, Hashim Latiff, Anuar Musa, Azlee Ab-
dullah, Yati Abd.Rahman, Zakaria Busu dan lain-lain lagi sekadar beberapa
nama sahaja yang dapat disebutkan di sini. Bangkit,jatuh dan bangun semua
terletak di atas bahu kita. Kita sama-sama bimbing semua anak-anak bangsa
kita yang memerlukan tenaga ini untuk membangunkan khazanah sastera Melayu kita
ini, semuga ia hendaknya di telan zaman. Sokongan daripada kita
semua amatlah diperlukan oleh semua anak-anak bangsa ini. Hidup berkarya
sobatku semua...Hidup Pesisir.Kita teruskan sayap seni perjuangan kita ke se-
rata maya ini. Alhamdulliah, syukr kepada Tuhan hdknya.
---------------------------------
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.<<inline: sinarkelantan2.gif>>
