---------------------------- Original Message ---------------------------- Subject: Kemaskini Terbaharu daripada TINTARONA From: "Entri Baru @ TINTARONA" <[EMAIL PROTECTED]> Date: Mon, January 14, 2008 5:22 pm To: [EMAIL PROTECTED] --------------------------------------------------------------------------
Entri ini adalah entri terbaharu daripada laman www.tintarona.blogspot.com Senario POPULAR dalam KARYA Sastera : Satu Ancamankah? Saya menulis entri ini ekoran tertarik dengan perbincangan di yahoogroups yang saya sertai. Walaupun pandangan dan pendapat saya jarang-jarang mengisi ruang di e-group tersebut, akan tetapi saya sebenarnya sentiasa mengikuti perbincangan para sahabat-sahabat dalam kalangan ahli e-group tersebut. Setidak-tidaknya saya tidak mahu ketinggalan dalam arus perkembangan sastera tanah air. Dan kadang-kadang juga saya dapati banyak input berguna yang mampu membantu saya dalam kerjaya sekarang ini. Persoalan yang menarik perhatian saya ialah isu Karya Popular: melihat dominasinya dalam kalangan karya sastera tanah air. Saya juga tertarik dengan satu kenyataan akhbar tempatan tentang karya-karya untuk tujuan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) yang tidak menyenaraikan hasil karya penulis berstatus SN. Saya juga tertanya-tanya apakah kriteria yang menjerumuskan sesebuah karya ke dalam kategori karya popular? Bagaimana kita menilai sesebuah karya itu berkonsep popular atau sebaliknya? (seballiknya itu pula apa?). DAN paling penting juga siapakah yang meletakkan sesebuah karya itu bersifat popular atau tidak. Mungkinkah pihak penerbit, Editor, atau terdapat golongan penulis tertentu yang berlabel penulis popular? Bagaimana kalau seseorang penulis yang telah tersohor dengan hasil karya popularnya dipertandingkan dalam kalangan karya sasteralalu MENANG pula! Apakah keadaan tersebut melahirkan satu fenomena baharu tentang karya sastera? Boleh jadi senario tersebut bakal mengkucar-kacirkan interpretasi sebenar sesebuah karya. Nampaknya terlalu banyak yang mengelirukan. Secara peribadi terdapat juga karya-karya yang saya temui lewat terbitan bersifat popular [?] menampilkan pengisian yang baik. Malah ada yang berjaya mengangkat falsafah yang tinggi nilainya. Mesej-mesej yang cuba disampaikan cukup terkesan dengan tema dan persoalan yang baharu dan segar. Tidak kurang yang cuba bereksperimen dengan teknik-teknik yang menguja, segar dan bervisi. Mungkin penulis ini menghantar manuskripnya untuk diterbitkan dan bukan untuk dipertandingkan dalam mana-mana sayembara yang berprestij tanah air. Akan tetapi kenyataan di atas jangan pula disalah tafsir sehingga melabelkan saya sebagai tidak celik sastera(walaupun saya sebenarnya bukanlah celik sangat!). Saya juga bimbang akan akibatnya sekiranya alam pembacaan remaja dicemari terlalu banyak bahan bacaan yang tidak menyumbang kepada pembinaan sahsiah diri sekali gus yang meranapkan nilai-nilai sastera. Saya turut sensetif dengan kerisauan saudara Edi Ramlee yang meluahkan, Apakah karya sastera di Malaysia menjanjikan masa depan yang cemerlang atau, suatu ketika nanti sastera semakin dilupakan oleh generasi akan datang yang dihidangkan dengan karya yang dikatakan popular. Leh [boleh?] jadi Meskipun demikian saya turut bersependapat dengan saudara Azli Abdullah yang berkata, saya fikir kita tidak perlu menolak karya polular, tetapi menjadikannya lebih bertanggungjawab dan bermoral. kita tidak boleh mendesak para remaja terus mendekati karya yang berat sifatnya. bila mereka makin dewasa, akal mereka juga akan lebih dewasa dan mereka akan mula mendekati karya yang lebih berat. sama juga apabila kita ingin mendekatkan remaja kepada pesisir. tunjukkan sumbangan pesisir kepada mereka, umpama adakan bengkel/kursus yang sesuai untuk mereka. mereka akan mula kenal barisan ajk pesisir, perjuangan pesisir dan akhirnya mereka akan jadi pelapis pesisir... hanya suatu barangkali.... Sekadar mencetuskan sesuatu untuk didiskusi bersama. -RMN- Lawati www.tintarona.blogspot.com : sumbangkan pandangan anda ------------------------------------------------------- Get your own free notify list at http://Notifylist.com ! to be taken back off this notify list, please go to: http://members.notifylist.com/edit/quitlist?list_name=tintarona-tintarona&[EMAIL PROTECTED]
