Keikhlasan. Suatu perkara yang positif dan patut diamalkan sentiasa agar apa yang dilakukan itu tidak ada di sebaliknya ini melambangkan kebersihan jiwa seseorang pengamalnya.
Bantuan, sokongan, pertolongan , sumbangan dan sebagainya yang ikhlas selalunya tidak mengharapkan balasan yang seumpamanya. Tapi sejauh manakah batasan keikhlasan yang sewajarnya kita amalkan, atau ia bergantung kepada kemampuan fikiran dan perasaan seseorang? Apakah keikhlasan juga ada pada tempat-tempat tertentu sahaja atau berada di semua tempat dan suasana? Mohon pandangan. -- Ediramle Ismail
