Satu Pandangan yang menarik tentang keikhlasan.
---------------------------- Original Message ----------------------------
Subject: RE: { KELANTAN-KITA } Keikhlasan , apakah batasannya?
From: "Faizul Haslizi [BITECH/KUA]" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Thu, January 17, 2008 2:12 pm
To: [EMAIL PROTECTED]
--------------------------------------------------------------------------
Sebagai seorang Islam, apabila kita kata kita ikhlas, matlamat akhir kita
hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Contohnya kalau kita menyatakan
kita ikhlas untuk membantu seseorang, kita tidak mengharapkan balasan dari
orang tersebut, kita hanya berharap agar bantuan yang kita berikan
mendapat keredhaan dan pahala daripada Allah.
Bagaimanapun, sebagai hamba Allah yang lemah, kita tidak mampu ikhlas
disetiap masa dan tempat. Keikhlasan bergantung pada banyak faktor (diri
sendiri, keluarga, rakan²/masyarakat dan suasana). Contohnya, tokoh Maal
Hijrah Tan Sri Syed Mokhtar ikhlas membantu golongan miskin kerana nilai
dalam diri beliau sendiri serta didikan ibunya supaya menyumbangkan
sebahagian rezekinya kembali kepada masyarakat. Kita hidup bermasyarakat.
Kadang² keikhlasan kita boleh disalah erti oleh masyarakat dengan
menganggap kita ingin menonjolkan diri atau mempunyai niat tertentu. Jadi,
perlu ada batasan juga dalam apa yang ingin kita lakukan kerana setiap
masyarakat mempunyai persepsi yang berbeza.
Suasana juga mampu mengubah keikhlasan kita. Contohnya, jika kita
kesempitan wang, apabila kita membantu seseorang, kita tidak dapat lakukan
dengan penuh ikhlas kerana kita tentunya mengharapkan sedikit balasan atas
pertolongan yang kita berikan.
Kalau kita lihat dari sudut perniagaan pula, syarikat-syarikat yang
memberikan sumbangan wang kepada masyarakat tidak semestinya mereka ikhlas
melakukannya. Sebaliknya mungkin disebabkan polisi tanggung-jawab sosial
syarikat tersebut dan syarikat mungkin melakukan kerana untuk mendapatkan
pelepasan cukai syarikat.
Kesimpulan dari saya, kita tidak mampu ikhlas setiap masa. Namun ketika
sembahyang tu, kita perlu sentiasa ikhlaskan hati kita hanya kerana Allah.
Faizul Haslizi, Process & Industrial Engineering.
________________________________
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
On Behalf Of Ediramle Ismail
Sent: 16 January, 2008 8:43 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: { KELANTAN-KITA } Keikhlasan , apakah batasannya?
Keikhlasan. Suatu perkara yang positif dan patut diamalkan sentiasa agar
apa yang dilakukan itu tidak ada di sebaliknya ini melambangkan kebersihan
jiwa seseorang pengamalnya.
Bantuan, sokongan, pertolongan , sumbangan dan sebagainya yang ikhlas
selalunya tidak mengharapkan balasan yang seumpamanya.
Tapi sejauh manakah batasan keikhlasan yang sewajarnya kita amalkan, atau
ia bergantung kepada kemampuan fikiran dan perasaan seseorang?
Apakah keikhlasan juga ada pada tempat-tempat tertentu sahaja atau berada
di semua tempat dan suasana?
Mohon pandangan.
--
Ediramle Ismail
|
Sebagai seorang Islam, apabila kita kata kita ikhlas, matlamat akhir kita
hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Contohnya kalau kita menyatakan kita
ikhlas untuk membantu seseorang, kita tidak mengharapkan balasan dari orang
tersebut, kita hanya berharap agar bantuan yang kita berikan mendapat
keredhaan dan pahala daripada Allah.
Bagaimanapun, sebagai hamba Allah yang lemah, kita tidak mampu ikhlas
disetiap masa dan tempat. Keikhlasan bergantung pada banyak faktor (diri
sendiri, keluarga, rakan²/masyarakat dan suasana). Contohnya, tokoh Maal Hijrah
Tan Sri Syed Mokhtar ikhlas membantu golongan miskin kerana nilai dalam diri
beliau sendiri serta didikan ibunya supaya menyumbangkan sebahagian rezekinya
kembali kepada masyarakat. Kita hidup bermasyarakat. Kadang² keikhlasan kita
boleh disalah erti oleh masyarakat dengan menganggap kita ingin menonjolkan diri
atau mempunyai niat tertentu. Jadi, perlu ada batasan juga dalam apa yang ingin
kita lakukan kerana setiap masyarakat mempunyai persepsi yang
berbeza.
Suasana juga mampu mengubah keikhlasan kita. Contohnya, jika kita
kesempitan wang, apabila kita membantu seseorang, kita tidak dapat lakukan
dengan penuh ikhlas kerana kita tentunya mengharapkan sedikit balasan atas
pertolongan yang kita berikan.
Kalau kita lihat dari sudut perniagaan pula, syarikat-syarikat yang
memberikan sumbangan wang kepada masyarakat tidak semestinya mereka ikhlas
melakukannya. Sebaliknya mungkin disebabkan polisi tanggung-jawab sosial
syarikat tersebut dan syarikat mungkin melakukan kerana untuk mendapatkan
pelepasan cukai syarikat.
Kesimpulan dari saya, kita tidak mampu ikhlas setiap masa. Namun
ketika sembahyang tu, kita perlu sentiasa ikhlaskan hati kita hanya kerana
Allah.
Faizul Haslizi,
Process
& Industrial Engineering.
From: Kelantan-kita@ Sent: 16 January, 2008 8:43 PM To: kelantan-kita@ Subject: { KELANTAN-KITA } Keikhlasan , apakah batasannya? Keikhlasan. Suatu perkara yang positif dan patut diamalkan sentiasa
agar |
