Ketika masuk ke enjin pencari www.google.com dan menukarkan dari bahasa inggeris ke Bahasa Malaysia didapati ada tulisan bersebelahan Carian google satu tulisan " Saya Rasa Bertuah"
Kalau pada ruangan petak carian kita tulis begini " pesisir Tumpat " bila diklik butang saya rasa bertuah akan keluar sebuah laman web yang mungkinnya telah beberapa ketika tidak sempat dikemaskini. Kalau ruangan petak carian ditulis perkataan berangan akan keluar sebuah laman web lain . kalau taip apa sahaja perkataan akan keluar sebuah laman web yang mungkin yang pertama dijumpai oleh google. Apa yang nak diceritakan adalah perkara lain , iaitu saya rasa bertuah dan beruntung kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menjalani hidup seharian dengan lancar walaupun pada setiap kali mengukur tekanan darah meter bacaan di bahagian atas sentiasa melebihi 160 dan di bahagian bawahnya sentiasa melebihi 110 , itu bermakna sah saya alami tekanan darah tinggi dan memerlukan waktu rihat yang mencukupi. Selain merasa agak sihat , juga merasa bertuah kerana berkerja walaupun berjawatan kecil tapi tidak tinggal berjauhan dengan keluarga , malah tidak jauh dari kampung kediaman. Saya kira walaupun begitu ramai orang yang lebih bertuah, tapi tidak kurang pula yang kurang bertuah daripada saya. Indah sungguh hidup ini, selain beraroma ianya juga berwarna-warni. Ediramle Ismail
