Terdahulunya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ketua 1, Ketua 2 , Setiausaha 2 (sebelum ini) Sdr. Daud Muda kerana memberi laluan kepada saya untuk berpindah tempat sedikit daripada setiausaha 1 kepada setiausaha 2. Juga kepada semua AJK yang hadir dan tidak dapat hadir pada mesyuarat AJK yang diadakan pada 9 Februari 2008 bertempat di Pusat Sumber Maklumat Desa Kok Pasir. Bermula 9.30 pagi hingga 12.30 tgh.
Tugas baru. Setiausaha 1 - (Daud Muda) Pengurusan persatuan termasuk berhubung dengan Pendaftar Pertubuhan, Surat menyurat dengan pihak luar, urusan perlembagaan persatuan , buku program , minit mesyuarat Agung. Kertas kerja. Setiausaha aktiviti. Setiausaha 2 - Ediramle Ismail - Semua urusan berkaitan dengan keahlian, Surat menyurat untuk ahli, Surat menyurat untuk AJK, Jemput AJK mesyuarat AJK, Minit mesyuarat AJK, Pendaftaran ahli baru dan hal-hal yang berkaitan dengan ahli dan AJK. Urusan berkaitan dengan ICT, Laman web PESISIR. Saya akan berikan penumpuan yang lebih kepada keahlian dan AJK tidak kepada pengurusan aktiviti dan perhubungan dengan pihak luar. Dimaklumkan dengan hormatnya. Terima kasih. Ediramle Ismail Pusat Sumber Matlumat Desa Kok Pasir http://pusatsumber.kokpasir.com Sumbangan anda dihargai .
