Tapi kawe rasa betul, demo sebenarnya banyak pandangan dan idea, terus tulis
sahaja apa yang selama ini ingin ditulis, masa sebenarnya kita yang
menentukan, apa yang berlaku mengikut apa yang kita lintas dan fikirkan,
Hanuman di Muar ni pun dah agak terkeluar dari dunia yang dahulu amat
dicintai, apakan daya corak budaya kita antara negeri tidak sama....redah
aje...

On 4/29/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>   Semoga apa yang diperkatakan ini tidak betul.
>
> Apa yang diperhatikan bahawa kebanyakan orang-orang kita (Orang Melayu)
> begitu suka membuang masa dengan agak sia-sia. Ini tidak terkecuali juga
> saya sendiri.
>
> Sifat-sifat negatif ditanam dalam diri seperti menanam lalang dan semalu
> di halaman, seperti menanam keman gajah di halaman rumah. Sifat-sifat
> positif seperti anak jambu, anak mangga, anak pokok ajaib sebagai
> contohnya ditenggelamkan oleh lalang.
>
> Ramai yang sering membicarakan tentang kekurangan orang lain berserta
> kelemahan orang itu dan orang ini. Jarang pula membincangkan bagaimana
> untuk memperkuatkan diri sendiri.
>
> Kalaulah diperkatakan tentang kekuatan kebanyakannya tidak sampai kepada
> perbuatan dan yang tinggal hanyalah sekadar kata-kata. Indah sungguh
> kata-kata yang adakalanya membuatkan ramai orang terpesona.
>
> Lebih teruk lagi ada ramai yang bukan sekadar membuang masa dengan
> sia-sia, tetapi juga sedang berusaha keras untuk memusnahkan diri sendiri,
> memusnahkan keluarga dan memusnahkan bangsa itu sendiri.
>
> Sebagai penulis kita ada peranan yang penting untuk sedikit sebanyak
> merubah keadaan ini.
>
> 
>

Kirim email ke