Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada sdr Edi dan barisan kepimpinan Pesisir, saya mengucapkan
tahniah dan syabas kerana berjaya menganjurkan satu program yang
nampak besar dan padat pengisiannya, di samping mesyuarat agung
tahunan ke 20. Secara peribadi, sebagai seorang ahli Pesisir lama
(yang duduk jauh di ibu kota) saya turut merasa bangga dan berbesar
hati dengan segala pencapaian yang ditunjukkan oleh pesisir di bawah
barisan kepimpinannya sekarang. Dari kejauhan ini, saya sentiasa
memantau perkembangan Pesisir dan mengikuti diskusi-diskusi antara
sesama ahli Pesisir. Cuma seringkalinya saya tidak sempat untuk ikut
serta...
Pada mesyuarat agung Pesisir tahun lepas yang diadakan di Kampung
Kok Pasir (kampung saya tu!), saya telah berpakat dengan seorang
kawan lama (juga ahli lama Pesisir) yang tinggal di Tumpat, Roza M,
untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Kepada sdr Edi juga saya dah
maklumkan tentang itu. Saya sudah menempah tiket penerbangan KL-KB
kerana kerinduan saya untuk bertemu teman-teman lama dalam Pesisir,
di samping untuk mendapatkan data-data tentang penulis Pesisir bagi
tujuan projek kesusasteraan yang sedang saya laksanakan. Sayangnya,
di saat terakhir saya terpaksa membatalkan kepulangan tersebut
disebabkan ada tugas lain yang lebih mendesak. Akhirnya, saya cuma
'menghantar' Roza M ke mesyuarat tersebut. Pada tahun ini, saya
teringin sekali untuk menghadiri mesyuarat tahunan Pesisir dan
bersama-sama memeriahkan program yang diadakan. Namun, nampaknya
sekali lagi impian saya tak akan kesampaian. Pada tarikh mesyuarat
tersebut diadakan, saya akan berada di Jakarta kerana menghadiri
persidangan di sana. Sekali lagi terlepas peluang saya untuk bertemu
teman-teman dalam Pesisir...
Apapun, saya berharap agar masih ada ruang dan peluang untuk saya
kembali bertemu rakan-rakan lama dan baru dalam Pesisir. Saya ingin
sekali untuk bersama merasai kemeriahan dalam Pesisir. Kepada
teman-teman dalam Pesisir , saya ucapkan selamat bermesyuarat! Kepada
teman yang masih ingat kepada saya, dan juga ahli-ahli baru Pesisir
tidak sempat saya kenali, terimalah salam persaudaraan dan salam
hormat dari saya.
Salam hormat,
(Haryatie Ab.Rahman)
Quoting Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> on Tue, 6 May 2008
11:48:24 +0800 (MYT):
Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput hadir ke Program
Persatuan
Penulis Tumpat (PESISIR) seperti berikut:
Tarikh: 10 Mei 2008 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Tumpat, Kelantan.
Program yang bakal diadakan:
1. Bengkel Penulisan dan deklamasi puisi patriotik pesisir/kelab
setia.
- Masa - 8.00 pagi - 11.00 pagi.
2. Mesyuarat Agung Tahunan pesisir kali ke-20.
- masa - 12.30 tgh - 1.30 tgh.
3. Pesta Puisi Pesisir/DBP Wilayah Timur.
-masa - 2.30 ptg - 6.00 petang.
4. Pameran Anti Dadah oleh Agensi Anti Dadah.
-masa 8.30 pagi - 6.00 petang.
ATUR CARA PROGRAM
8.00 pagi 8.30 pagi - Pendaftaran Peserta.
8.30 pagi 10.30 pagi- Bengkel Penulisan dan Deklamasi Puisi
Patriotik
Pesisir/Kelab Setia.
10.30 pagi -12.00 Tgh - Majlis Perasmian Bengkel dan Mesyuarat
Agung
Tahunan PESISIR. Oleh Pengarah Penerangan Negeri Kelantan,
Tn. Hj. Mohd Nasir bin Hj. Salleh.
12.00 tgh 12.30 tgh Makan / minum
12.30 tgh 1.30 tgh - Mesyuarat Agung Tahunan Pesisir kali
ke-20
1.30 tgh - 2.30 Ptg - Rehat/ Solat.
2.30 ptg - 6.00 ptg - Pesta Puisi Pesisir/DBPWT 2008.
- Perasmian Pesta Puisi oleh YBrs.
Pengarah
Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Timar, Tn. Hj.
Mohammad Yussop Ishak.
- Dikir Barat Kumpulan SMK Geting bersama Pak Ku Kamal, Tuan
Kob
Raja
Saring , Jali SPT dan Meli Mahligai.
- Deklamasi Puisi oleh Shareezad Abd. Satad.
- Deklamasi Puisi oleh Abdul Aziz Ismail.
- Lagu Puisi oleh kumpulan E-Nuasa.
- Deklamasi Puisi oleh Anuar Musa.
- Deklamasi Puisi oleh Aminuddin Mamat.
- Lagu Puisi Oleh kumpulan E-Nuasa
- Deklamasi Puisi oleh Abdul Hadi Yusoff
- Dikir Barat Kumpulan SMK Geting bersama Pak Ku Kamal, Tuan
Kob
Raja
Saring , Jali SPT dan Meli Mahligai.
-
8.30 pagi 6.00 ptg - Pameran Anti Dadah oleh AADK.
Ediramle Ismail,
Setiausaha 2,Persatuan Penulis Tumpat, (PESISIR)
------------------------------------------------------------------------------------
UNIVERSITY OF MALAYA - " Producing Leaders Since 1905 "