Saya sokong penuh, teruskan usaha murni ini,,,,,,

On 5/18/08, Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>   En. RMN, bukan lagi ahli baru , barangkali dah masuk ahli pertangahan.
>
> Sekiranya warga pesisir sekelian bersetuju untuk mengirimkan sajak-sajak,
> perkara ini boleh dilaksanakan.
>
> Saya akan bawa ke mesyuarat AJK pesisir pertama sesudah mesyuarat Agung
> baru-baru ini . Tarikhnya belum ditetapkan lagi. Kalau dipersetujui saya
> akan cuba dapatkan puisi daripada ahli dan rakan-rakan sekelian.
>
> Kalau tidak, saya hanya kumpul sajak-sajak daripada beberapa orang sahaja.
> Saya tengok Sajak-sajak Eziz Shukman dah banyak di blognya. Saya sendiri
> dah jumpa seberkas, sajak-sajak lama yang belum saya siapkan sejak 20 ke
> 10 tahun yang lalu.
>
> Lagi pula, Antologi puisi Pesisir yang terakhir hanya dikeluarkan pada
> tahun 1993 iaitu Gelombang 5.
>
> Sebelum itu, Gelombang 1, Gelombang 2, Bunga Pulau, Sungai Ketapang,
> Gelombang 3 dan Gelombang 4.
>
> Semua sajak-sajak tersebut saya taip semula dan masih ada di komputer
> serta di internet. Kecuali Gelombang 1 saya tak pernah jumpa dan tak dapat
> kesan.
>
> Saya sering juga berkunjung ke blog rakan-rakan pesisir. Bagus sekali
> pengisiannya.Banyak perkara yang diperoleh. Di Blog Celikhuruf banyak
> sekali panduan untuk penulis. Terima kasih.
>
> Penutupan blog Tintarona sepertinya ada sesuatu yang agak peribadi
> pemiliknya.
>
> Ediramle
>
> On Mon, May 19, 2008 11:04 am, Mohd Rozlan Mohamed Noor wrote:
> Salam, Saya RMN ahli baru yang menyokong penuh hasrat murni itu. Mungkin
> usaha itu boleh juga dikembangkan menjadi satu bahan penerbitan yang
> mengabsahkan keberdirian PESISIR yang sudah sekian lama mengorak zaman.
> Saya juga mahu mengasah bakat berpuisi. Sehingga ke hari ini saya belum
> menguji bakat saya dalam genre ini, mana tahu dengan adanya peluang ini,
> TAHNIAH sdri Edi atas usaha dan cetusan idea. Saya juga bersedia untuk
> memberi khidmat profesional jika mahu antologi ini diterbitkan sebagai
> sebuah antologi bercetak. Bersama menyokong usaha murni ini.(
> www.celikhuruf.blogspot.com )
>
> ----- Original Message -----
> From: "Manzaidi MohdAmin"
> To: [email protected] <Pesisir%40yahoogroups.com>
> Subject: Re: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online
> Date: Sat, 17 May 2008 23:20:13 -0700 (PDT)
>
> Walaupun saya tak pandai buat sajak, tetapi saya amat mengalu-alukan
> usaha ini. Sekurang-kurangnya masyarakat seni nampak hasil tangan
> Pesisir. Rasanya sudah lama Pesisir tidak menghasilkan buah tangan
> selepas buku antologi puisi Gelombang tidak lama dulu.
>
> Sekarang adalah masanya untuk Pesisir menerbit dan mengeluarkan
> apa-apa hasil untuk tatapan umum.
>
> Saya harap usaha ini dapat diteruskan. Minta semua ahli lama dan baru
> beri sokongan kepada usaha sdr Edi ini. Wassalam.
>
> --- On Sun, 5/18/08, Ediramle Ismail <[EMAIL 
> PROTECTED]<ediramle%40kokpasir.com>>
> wrote:
>
> From: Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED] <ediramle%40kokpasir.com>>
> Subject: { PESISIR } Antologi puisi pesisir online
> To: [email protected] <pesisir%40yahoogroups.com>
> Date: Sunday, May 18, 2008, 12:13 PM
>
> Saya bercadang untuk mengumpul sajak-sajak ahli pesisir , ahli
> egroup
> pesisir dan sesiapa sahaja penyair yang dapat baca makluman dari
> pesisir
> untuk dimuatkan ke sebuah antologi puisi dalam talian.
>
> Saya bercadang sajak-sajak itu dihantar melalui e-mel dan saya
> bercadang
> sajak-sajak itu dikirimkan secara percuma dan sebagai sumbangan
> untuk
> aktiviti penulisan kesusasteraan pesisir. (tidak dibayar).
>
> Saya juga bercadang , kiranya dipersetujui, akan menetapkan
> tarikh mula
> dan tarikh tutup pengiriman sajak-sajak berkenaan.
>
> Mohon pandangan rakan-rakan sekelian.
>
> Ediramle Ismail
>
> 
>

Kirim email ke