Wahh!!! marah benar sdr hashim kita ni.
Saya setuju sangatlah dengan luahan sdr hashim. Kisah pengadil tidak adil
memberi kemenangan kepada peserta wau senget, sama seperti majikan yang buta
atau beku akal memberi keistimewaan kepada kaki bodek. Malas saya nak ulas.
Cukuplah saya bagi intro saja. Kalau ada yang nak bincang atau luahkan
pengalaman mengenai intro itu, silakan.
--- On Sun, 6/15/08, hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: hashim latiff <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: { PESISIR } WAU SENGET PUN MENANG
To: [email protected]
Date: Sunday, June 15, 2008, 11:05 AM
Wau senget pun boleh menang kalau pengadil hendak memberikan kemenangan kepada
wau tersebut. Semuanya terletak di atas ketelusan, kebijakan, kewarasan,
kerasuahan pengadil menghakimi sesuatu pertandingan. Ribuan mata yang
menyaksikan pertandingan itu bukan pengadil dan mereka tidak boleh melawan
pengadil yang mana keputusan pengadil adalah muktamad.
Kadang-kadang wau senget memperolehi markah yang terlalu tinggi berbanding wau
lain yang cantik dan tidak senget. Peserta yang menyetai pertandingan tersebut
tertanya-tanya di dalam hati, macam mana wau senget boleh menang sedangkan di
dalam syarat pertandingan, kemenangan akan diberikan kepada wau yang tidak
sengat. Syarat boleh diubah ke?
Aduhai pengadil…
Tak payahlah jadi pengadil kalau mengadili sesuatau pertandingan atau sayembara
itu kerana mengenali peserta yang memasuki pertandingan. peserta tahu
advantage diberikan kepada pasukan tuan rumah tetapi janganlah wau senget pun
memenangi tempat pertama di dalam pertandingan berprestij. Jatuhlah air muka
dan luruhlah aib tuan rumah.
Ini tidak, asalkan peserta mengenali pengadil, bawa wau cabut ekor pun dapat
hadiah. Wau berputar macam gasing pun menang, mentang-mentanglah peserta tu
anak murid pengadil, belajar buat wau dengan pengadil, belajar sobek wau dengan
pengadil. Porah! Pengadil apa kalau macam ni tak adil! Bukan hadiah tercorot
diberikan kepada wau senget dan wau tercabut ekor, tetapi hadiah utama.
masyaAllah, pengadil apakah namanya itu. Pengadil yang tidak adil!
Kalau dah nak jadi pengadil, jadilah pengadil yang berprestij. Pengadil yang
berwibawa, pengadil yang ada hemah, ada tauliah, ada protocol ada visi ada misi
bukan misai, ada apa lagi? Ada bakat memajukan peserta, tidak pilih kasih
pilih rindu, tidak mengatur bisik dan sosek-sosek dengan peserta.
Mentang-mentanglah peserta bukan anak murid dia, tak dibaginya menang, walapun
wau yang dibuat oleh peserta tu dah lapan belas kali memenangi pertandingan wau
bukan peringkat kampung, tapi Negara dan dunia.
Kalau dalam dada dah ada rasa tak mahu adil kepada mereka yang adil, tak payah
jadi pengadil!