Walaupun kami tinggal hanya di kampung berjiran tapi cukup lama saya tidak berpeluang bertemu sdr. Hashim Mat San.
Hari ini sempat bertemu dan saya berterus terang bertanya beliau sama ada masih merindui dunia penulisan atau sebaliknya. Hashim rupanya masih lagi bersemangat untuk berkarya dan saya kata padanya kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk berhenti menulis , cuma kalau kurang atau jarang itu biasalah. Hashim kata, beliau sekarang masih belum berkemampuan untuk memiliki sebuah komputer dan langsung tidak tahu menggunakan komputer. Beliau pernah hantar karya melalui tulisan bertaip tapi sekarang seperti bukan pilihan lagi. Tentang tidak tahu menggunakan komputer tu saya kata jangan risau sama sekali kerana saya boleh ajar untuk sekurang-kurangnya sekadar menaip. Dengan hasrat Hashim untuk tetap berkeinginan untuk menulis dan masalahnya hanya tidak ada komputer dan tidak dapat menguasai komputer dan apa lagi ICT sahaja. Sayang sekali saya sendiri tidak berkemampuan, kalaulah saya berkemampuan , hari ini juga saya akan beli sebuah komputer untuk dihadiahkan kepadanya . Ketiga-tiga penyair yang hilang dan yang tersembunyi yang saya ceritakan sebelum ini ialah tidak memiliki kemudahan komputer dan kurang mahir untuk mengendali komputer. Kalaulah ada sesuatu badan yang perihatin yang dapat menyediakan peralatan ini sudah tentu ianya begitu mudah diselesaikan. Sekurangnya komputer terpakai dapat dihadiahkan untuk penulis atau mereka yang pernah masuk ke dunia penulisan kemudian hilang akibat daripada beberapa masalah yang berhubung dengan teknologi. Untuk sdr. Eziz Shukman dan Sdr. Zakaria Busu . Sdr. Habha HM mungkin boleh dikembalikan dan no telnya 0139593197 Ediramle
